Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,
Hampir 8 hari Syawal sudah meninggalkan kita. Masing-masing sudah mula sibuk masuk kerja / memulakan kembali pengajian masing-masing. Mudahan dengan kemeriahan Syawal yang disambut tidak membuatkan kita lupa akan tanggungjawab kita.
Kerja...Tugasan...Ujian...Laporan...menanti kita semua selepas ini.. Jom kita sama-sama mewujudkan kembali 'mood' dan suasana seronok bekerja / belajar walaupun masih di dalam suasana Syawal. Peringatan untuk diri saya juga.
Lari dari tajuk sikit...
PIDATO??? DEBAT???
Saudara-saudari sudah pasti pernah dengar atau mengalami sendiri debat mahupun pidato samada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahupun di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Bila kita perhatikan, sampai ke peringkat yang lebih luas, debat sebenarnya menjadi amalan calon politik yang bakal bertanding menyampaikan hujah dan ideologi parti mereka. Di negara kita yang aman damai sejahtera ini, amalan debat ini masih belum meluas lagi akan tetapi di negara luar sana, debat ini mampu melahirkan sesorang yang berani dan mampu melontarkan idea bernas akan sesuatu perkara.
Takpelah, itu antara manifestasi debar dan pidota. Berbalik kepada apa yang saya ingin kongsikan, Jabatan Pengajian Politeknik berbesar hati menganjurkan PERTANDINGAN DEBAT DAN PIDATO BAHASA MELAYU POLITEKNIK MALAYSIA SIRKIT 2/2013. Karnival dirancang akan berlangsung sepertimana butiran berikut:-
- Nama Karnival: Karnival Debat dan Pidato Bahasa Melayu Politeknik Malaysia
- Tempat : Politeknik Melaka, Melaka
- Tarikh : 27-30 September 2013
Pelajar perlu diberi ruang dan sudut tertentu untuk mengemukakan idea masing-masing kerana pengalaman berhujah dapat membantu menjawab apa juga isu muncul dalam masyarakat. Kesempatan ini, saya ingin menjemput pelajar yang mendaftar sebagai pelajar sepenuh masa di Politeknik seluruh Malaysia menyertai karnival tersebut. Saya yakin, InsyaAllah pelbagai manfaat bakal anda perolehi antaranya sebagai medium untuk berdiskusi dan menyampaikan hujah serta
idea bernas dalam menyelesaikan sesuatu isu.
Latihan dan pengalaman untuk berhujah dan membalas kembali hujah pihak lawan akan
menjadikan anda lebih berkeyakinan, berwibawa dan mampu mengemukakan idea.
Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai karnival etrsebut, bolehlah berhubung secara terus dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) Politeknik masing-masing untuk mengisi borang jawapan pengesahan penyertaan dan mendapat perincian undang-undang pertandingan.
Di sini saya coretkan sedikit maklumat am pertandingan:-
- Setiap politeknik boleh menghantar SATU pasukan debat sahaja yang terdiri daripada 4 orang peserta ( 3 pendebat utama dan 1 pendebat simpanan) serta 1 orang peserta pidato.
- 2 orang pendebat adalah DIWAJIBKAN daripada kalangan pelajar semester 1 sehingga semester 4.
- Peserta pertandingan mestilah terdiri daripada pelajar Politeknik Malaysia dan sedang mengikuti program secara sepenuh masa.
- Setiap politeknik hendaklah mencadangkan 2 tajuk debat dan 2 tajuk pidato kepada urusetia.
- Cadangan tajuk pendebatan dan pidato adalah bebas tanpa meyentuh isu keagamaan dan sensitiviti kaum lain.
SELAMAT MAJU JAYA SAYA UCAPAKAN!!!
No comments:
Post a Comment