Thursday 7 November 2013

Fakta Vitamin C Yang Perlu Anda Ketahui...


Kenapa perlu Vitamin C ??? 
Aku dah sihat....
Membazir sahaja...




              Begitu anda sentimen yang dilemparkan di kalangan masyarakat kita mengenai kepentingan mengambil Vitamin C dalam kehidupan kita. Vitamin C sangat baik umtuk diamalkan dalam kehidupan kita seharian sebagai sumber antioksidaan yakni sebagai pembantu kepada kekebalan tubuh terutamanya bagai yang mudah tekena serangan selsema, demam di waktu cuaca yang tidak menentu sekarang ini. Di samping itu, vitamin C juga meampu mengurangkan risiko kanser dan melindungi tubuh daripada kesan yang ditimbulkan oleh masalah pencemaran.


            Kebiasaannya kita menganggap Vitamin C hanya dari buah limau. Sebagai contoh, bagi 100gram limau jenis Valencia misalnya hanya mengandungi sebanyak 48mg Vitamin C sahaja. Padahal banyak lagi buah-buahan lain yang sering anda jumpai sehari-hari yang tanpa anda duhga sebenarnya jauh lebih tinggi kandungan Vitamanin C berbanding buah limau. 

Berikut antara perbexzaaan kandungan  Vitamin C untuk buah jenis tropika per 100gram buah:-

1) Buah Nenas  (65mg)





Dengan rasanya yang manis dan masam, buah yang berasal dari Brazil dan Paraguay ini merupakan salah satu buahan yang mengam=ndungi kandungan Vitamin C yang tinggi yang mana jumlahnya mencecah 56mg per 100gram buah terutamanya untuk buah nenas yang manis rasanya.


2) Buah Mata Kucing (84mg)




Buah yang kecil saiznya akan tetapi manis ini mengamndungi kandungan Vitamin C sehingga 84mg bagi setiap 100gram atau 1.75 kali ganda dari buah limau.



3) Buah Gajus (265mg)





 Unik dan amat jarang kini dijumpai sebenarnya berasal dari Timur Laut Brazil yang mana mengandungi kandungan Vitamin C yang amat tinggi hingga 265mg per 100gram buah atau 5 kali ganda jika dibandingkan dengan buah limau.



4) Buah Jambu Batu (228mg)




Buah yang mempunyai isi putih dan merah ini juga berasal dari Brazil, samada yang berwarna merah atau putih. Buah Jambu Batu ini sangat kaya dengan kandungan Vitamin C hingga 228mg per 100gram buah atau hampir mencecah 5 kali ganda jika dibandingkan dengan buah limau. Dengan hanya memakan satu biji buah jambu batu (ukuran sedang) sudah mencukupi untuk keperluan harian vitamin C.



5) Buah Kiwi (93mg)




Buah Kiwi atau Chinese Gooseberry umumnya mempunyai dua jenisiatu berwarna kuning dan hijau. Golden Kiwifruit atau Kiwi yang berwarna kuning bernutrisi lebih tinggi jika dibandingkan dengan kiwi berwarna hijau. 100gram kiwi mengandungi sehingga 93mg vitamin C atau hampir sekitar 2 kali ganda berbandigan buah limau.



6) Buah Limau Bali (61mg)



Limau Bali mengandungi vitamin C sebanyak 61mg per 100gram buah atau masih lebih tinggi dari buah limai biasa.


7) Buah Laici (71mg)

Manakala buah laici pula yang berasal dari sebelah Asia  (China, Taiwan, Sekitar Asia Tenggara). Dengan rasanya yang masam-masam manis dan wangi ini, kandungan vitamin C boleh mencapai 71mg per 100gram buah atau 1.5kali ganda jika dibandingkan dengan buah limau.


8) Buah Betik (62mg)




Siapa sangka, buah betik sebenarnya berasal dari Mexico ini mempunyai kandungan vitamin C yang lebih tinggi dari limau iatu sebanyak 62mg per 100gram buah. Keistimewaan buah ii mampu mencegah/mengurangkan sembelit. 


9) Buah Strawberi (59mg)



Buah asli ini berasal dari Perancis mengandungi vitamin C sebanyak 59mg per 100gram buah. Masih boleh dikategorikan lebih tinggi berbanding limau.




Kesimpulan: Sebenarnya masih banyak lagi jenis buah tropika yang mampu menggantikan buah limau sebagai sumber vitamin C. Buang sentimen yang mana buah limau lah satu-satunya sumber vitamin C. Bagi anda yang lebih selesa menggunakan sumber vitamin C dari jenis sintetik.

Monday 21 October 2013

Selamat Menduduik Peperiksaan Akhir Tahun Sesi Jun 2013






KEPADA SEMUA PELAJAR YANG DIKASIHI...

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER. 

DIDOAKAN KEJAYAAN DAN KETENANGAN 
MENGIRINGI KALIAN SEMUA.




Wednesday 9 October 2013

SUBHANALLAH: BINATANG






1) IKAN PAUS: BINATANG TERBESAR DI DUNIA






Paus Biru merupakan BINATANG TERBESAR di dunia. Dengan panjang sebanyak 30 meter dan berat yang mampu mencecah sehingga 200 ton.




2) IKAN HIUS PAUS: PEMANGSA LAUT TERBESAR DI DUNIA




Ikan Hiu Paus / Geger Lintang panjangnya 10-12 meter dengan berat 12-14 ton. Paus ini sering membunuh dan memakan paus lain walaupun saiz fizikal paus itu lebih besar daripadanya.








3) GAJAH: BINATANG: BINATANG DARAT PALING BERAT DAN BESAR


Gajah sinonim dengan kita merupakan haiwan yang besar  dan memilik gading yang cantik dan berharga. Disebabkan itulah Gajah Afrika dengan bahu setinggi 3.3 meter, panjang sehingga 3.5 meter dan berat sehingga 6 ton dikategorikan sebagai BINATANG DARAT paling BERAT dan BESAR.









4) ZIRAFAH: BINATANG PALING TINGGI


BINATANG DARAT TERTINGGI  di dunia jatuh kepada Zirafah dengan tinngi mampu mencapai 6 meter dengan panjang leher lebih dari 2 meter. Fungsi leher yang tinggi bagi membolehkan binatang tersebut memakan pucuk dedaunan dari pohon-pohon yang tinggi.








5) BERUANG KUTUB: BINATANG PEMAKAN DAGING
 (KARNIVOR) TERBESAR

Pemakan Daging (Karnivor) terbesar adalah Beruang Kutub @ Beruang Es dengan ketinggian yang dicapai adalah 1.6 meter dengan berat lebih dari 1000kg.








6) BUAYA AIR LAUT: BINATANG MELATA (REPTILIA) TERBESAR

Buaya Air Masin berhabitat sekitar Australia Utara sehingga India. Keadaan fizikalnya mampu mencecah 6 meter panjang dan berat sehingga lebih 1000 kg.







Rujukan:-

1) KLIK SINI (1)

2) KLIK SINI (2)

3)  KLIK SINI (3)

4) KLIK SINI (4)

5) KLIK SINI (5)

Monday 7 October 2013

SubhanaAllah :EPAL

250 Jenis Epal terhasil dari hanya sebatang pokok induk....



           Seorang lelaki yang berasal dari Amerika Syarikat mengambil masa sehingga 20 tahun untuk menanam sebatang pokok induk epal yang mampu menghasilkan 250 epal yang pelbagai jenis berlokasi di belakang rumahnya.




         Menurut Paul Barnett, beliau mencantumkan 250jenis tunas pokok epal yang berlainan jenis pada ranting sebatang pokok epal yang bertindak sebagai induk. Melalui teknik tersebutlah, beliau kini memiliki banyak pilihan buah epal dari pelbagai jenis untuk dimakan, dimasak dan juga boleh dijadikan sebagai cuka epal.

        Barnett juga tidak ketinggalan melabel setipa dahan epal tersebut untuk memudahkan dirinya mengingati dan mengenalpasti epal yang dicantumkan itu berasal dari pokok berlainan. " Saya mula bekerja di sebuah tapak semaian yang mengandungi hampir 90 jenis pokok epal pada setiap batas", kata lelaki yang berusia 40 tahun itu.


     "Saya mahu menanam pokok-pokok saya sendiri, dengan pelbagai jenis namun saya tidak memiliki kawasan yang luas untuk melakukannya. Oleh itu, saya menggunakan kaedah pencantuman untuk tujuan tersebut," tambahnya lagi. Kini, beliau berbangga dengan hasil usaha selama 20 tahun itu.


SUBHANALLAH MAHA SUCI ALLAH...











Wednesday 2 October 2013

PMR oh PMR....


APA ITU PMR
PMR (Penilaian Menengah Rendah) merupakan peperiksaan kebangsaan yang ditadbir secara berpusat dengan elemen penilaian kerja kursus di peringkat menengah rendah


SIAPA YANG MENDUDUKI PMR
Peperiksaan penting ini diduduki oleh pelajar di akhir Tahun Tiga Sekolah Menengah (Menengah Rendah) berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

Pelajar yang bakal menduduki PMR ini semestinya telah mengikuti 6 tahun pengajian di sekolah rendah bi dawah Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan 3 tahun pengajian di bawah KBSM.

Manakala pelajar daripada Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina / Tamil) semestinya telah mengikuti program kelas peralihan setahun sebelum menduduki Tingkatan 1.


PMR ini terbuka kepada pelajar tahun 3 bagi semua sekolah bantuan penuh kerajaan dan sekolah menengah persendirian (swasta) yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Juga, peperiksaan ini juga terbuka kepada calon persendirian perseorangan.

Tahun 2013 merupakan tarikh bersejarah, yang mana PMR yang bakal diduduki ini merupakan PMR yang terakhir dalam sejarah pendidikan negara. Selepas ini, satu kurikulum baru Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) bakal diduduki oleh pelajar menengah rendah ini.  

Apa itu PBSMR? Sama-sama kita nantikan kemunculan draf dan initipati penggubalan kurikulum ini kerah mentransformasi sistem pendidikan Malaysia yag lebih ulung dan signifikan.

Saya dengan ini ingin mengucapkan 
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR 
&
 SALAM MAJU JAYA 
kepada calon-calon  PMR yang sedang berjuang kini.


Tuesday 1 October 2013

Walk In Interview PSIS 2013





Adalah dimaklumkan bahawa Unit Psikologi dan Kerjaya dengan kerjasama CISEC, Politeknik Sultan Idris Shah akan menganjurkan Walk In Interview kepada pelajar semester akhir di setiap jabatan. 


Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman sebenar semasa ditemuduga di samping membantu para pelajar mendapatkan penempatan pekerjaan selepas mereka menamatkan pengajian kelak.

Setakat hari ini, 6 syarikat telah bersetuju untuk datang menemuduga pelajar-pelajar semester akhir PSIS. Antaranya adalah:-
1.       Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. – (semua program)
2.       A & W Sdn. Bhd. – (pelajar JPH)
3.       Jalur Cahaya Sdn. Bhd. – (pelajar JKA)
4.       Kone Elevator (M) Sdn. Bhd. – (pelajar JKE)
5.       EV- Dynamic Sdn. Bhd. – (pelajar JKE)
6.       Megasteel Sdn. Bhd. – (pelajar JKE)





Pelajar-pelajar yang mahu menyertai temuduga ini, sila bawa bersama:-
  1.  CV (resume), 
  2. Sijil Asal, 
  3. Salinan Sijil, 
  4. Gambar berukuran passport dan 
  5. Dokumen berkaitan.

~SELAMAT MAJU JAYA~















Monday 30 September 2013

Al-Ghaffar

"Walau Beribu Kali, Kau tetap Ku Ampuni"...


Al-Ghaffar ialah nama yang membuktikan sifat kasih sayang Allah kepada hambaNYa. Sedar atau tidak, Allah melimpahkan kasih sayangNya melalui nama Al-Ghaffar pada setiap masa.

Tawaran pengampunan daripada Allah ini terbentang luas kepada sesiapa yang bersungguh-sungguh memohon keampunanNya. Sebesar manapun dosa dan stinggi mana pun himpunan maksiat yang kita lakukan, Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang sudi mengampunkkanya.



Malah, Dia sangat suka untuk sentiasa mengampuni hambaNya setiap kali keampunan dipohon. Ya, Dialah Yang Maha Pengampun dan amat suka memaafkan hambaNya, walaupun kesalahan yang dilakukan itu tidak terhitung banyaknya.

Inilah tanda ketinggian kuasa dan sifat kasih sayang Allah yang tiada taranya. Manusia yang pemaaf amat suka memaaafkan insan lain, kerana itu tanda kerendahan diri seorang hamba kepada Tuhannya.

Nama Allah al-Ghaffar ini mengajar kita beberapa perkara:-





MELEBURKAN RASA EGO 

Apabila melihat kesalahan orang lain, maka lihatlah bahawa kita juga mungkin melakukan kesalahan yang sama. Dengan itu, akan lebur ego dalam diri dengan berasa kita lebih mulia daripada orang lain. Sedangkan kita ini insan biasa sahaja.






 MUDAH MEMAAFKAN

Sekiranya datang seseorang memohon kemaafan daripada kita, MAAFKANLAH. Ingatlah bahawa Allah Yang Maha Kaya juga Maha Mengampuni. Maka layakkah kita untuk meletakkan harga yang mahal untuk sebuah kemaafan?






MELIHAT KESALAHAN ORANG LAIN DENGAN HIKMAH

Memaafkan kesalahan orang lain, hakikatnya memaafkan diri sendiri. Diri yang tidak melihat secara hikmah di sebalik kesalahan orang lain seolah-olah membutakan mata dan hati untuk mengambil pengajaran dari sekelilingnya.









Ayuh kita bermuhasabah diri.
 Renunglah diri dengan MATA HATI. 
Adakah kita sudah menjadi hamba yang suka memberi kemaafan kepada insan yang lain?


Thursday 26 September 2013

Bazar Siswa Niaga


Assalamu'alaikum & Salam sejahtera...

         Seperti biasa, julung kalinya sekali lagi  Unit keusahawanan PSIS akan menganjurkan Bazar Siswa Niaga bermula  30 September sehingga 9 Oktober 2013 di ruang legar kafeteria pentadbiran PSIS. Bazar Siswa Niaga ini akan disertai oleh para pelajar yang mengambil Kursus PB201 Entrepreneurship dan FP601 Cyberpreneurship

        Antara objektif program ini adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar akan pengalaman menguruskan perniagaan secara praktikal serta  menerapkan minat pelajar terhadap aktiviti keusahawanan.  Selain itu juga program ini bertujuan memberi ruang kepada para pensyarah kursus untuk membuat penilaian kerja kursus terhadap para pelajar berkaitan Kursus PB201 dan FP601.

Bazar Siswa Niaga ini akan dilaksanakan dalam 3 sesi (8.30 pagi - 4.30 petang) seperti maklumat berikut:-
  • SESI 1 : 30 Sept hingga 1 Okt 2013
  • SESI 2:  2 Okt hingga 3 Okt 2013
  • SESI 3:  8 Okt hingga 9 Okt 2013
      Pelbagai produk akan dijual oleh para pelajar dengan harga yang menarik dan berpatutan. 
Semua warga PSIS dijemput hadir memeriahkan bazar siswa niaga kali ini.

Thursday 19 September 2013

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO KELAB KEBAJIKAN & REKREASI PSIS

Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) membuka peluang kepada kakitangan staf PSIS yang berhasrat mencipta logo yang boleh dijadikan sebagai identiti kelab.




Antara Objektif Pertandingan adalah:-

  • Mewujudkan logo baharu KKR bagi menggambarkan identiti kelab. 
  • Memberi peluang kepada kakitangan PSIS untuk mengambil bahagian.                                       

Bagi yang berminat, berikut syarat penyertaan petandingan ini:-

  • Terbuka kepada kakitangan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) sahaja.
  • Penyertaan adalah secara individu sahaja.
  • Logo mestilah melambangkan motto Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) PSIS. Motto KKR adalah “Prihatin dan Saksama”.      
  • Berikut contoh logo bersama keterangan logo yang boleh dijadikan rujukan.



Spesifikasi Reka Bentuk Logo 

  • Reka bentuk mestilah asli dan tidak ditiru/diciplak dari mana-mana logo tempatan mahupun dari luar Negara. 
  • Tidak mengandungi unsur dan elemen yang boleh dianggap sensitif dan menyinggung mana mana pihak. 
  • Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat tuntutan daripada pihak ketiga. 
  • Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil ciptaan yang dikemukakan tidak asli/ciplak. 
  • Reka bentuk hendaklah dihasilkan menggunakan kertas bersaiz A4 (ukuran 21cm x 29.7cm) berwarna putih dan dilekatkan pada kertas tebal atau 2/2 “mounting board” dan juga disediakan dalam bentuk ‘softcopy’ menggunakan software yang bersesuaian. 
  • Warna dan rekabentuk bebas berdasarkan kreativiti peserta. Peserta mestilah memberi keterangan atau penjelasan secara rasional ke atas reka bentuk logo dan simbol serta warna yang digunakan.
  • Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas.      
                                          
Borang Penyertaan 

  • Setiap peserta hendaklah mengisi borang penyertaan yang disediakan. 
  • Peserta hanya boleh menghantar SATU penyertaan sahaja.
  • Penyertaan dibuka mulai 9 September 2013 hingga 3 Oktober 2013.
  • Penghantaran penyertaan dalam bentuk hardcopy dan softcopy (CD) dan dihantar kepada Biro Penerbitan KKR PSIS :-                                                                                                     i. Puan Azua Akma Abdullah Sani (UTM)
               ii. Mohd Yusof Ahmad (UTM)
              iii. Hj Mohamed Rizal Muhd Tayap (PRO)
              iv. Norsyahirah Khoder (Perpustakaan)
               v. Siti Ariyah Shahlan (UPLI)
  • Keputusan adalah muktamad. Pengumuman keputusan adalah dua minggu setelah tarikh tutup pertandingan.

Hadiah yang disediakan

Pemenang akan menerima hadiah berupa wang tunai dan sijil penyertaan seperti berikut : 

      Tempat Pertama
  • Wang Tunai RM300.00
  • Sijil Penyertaan
      Tempat Kedua
  • Wang Tunai RM200.00
  • Sijil Penyertaan
       Tempat Ketiga
  • Wang Tunai RM100.00
  • Sijil Penyertaan

        Saguhati
  • Sijil Penyertaan

SELAMAT BERJAYA....

Wednesday 18 September 2013

Satu Ikrar, Sejuta Harapan

Derma Organ...
Takutnya???
Nanti mayat akan merana...

begitulah antara salah satu interprestasi rakyat Malaysia berkenaan Kempen Pendermaan Organ.


STATISTIK AWAL

Semalam secara rasmi bertempat di Kompleks E, Putrajaya  telah dilancarkan laman sesawang rasmi Unit Perkhidmatan Transplan Nasional (NTRC) bertujuan meningkatkan kesedaran dan hebahan semasa kepada orang ramai berkenaan Kempen Pendermaan Organ.

        Statistik awal yang dikeluarkan sekitar 0.8% di kalangan jumlah penduduk Malaysia yang berikrar menderma organ, jumlah antara paling terendah di dunia. Puncanya kenapa??? Antara yang dapat saya perhatikan adalah kesedaran di kalangan orang ramai yang masih rendah berkenaan pendermaan organ ini. Yelah, sehingga Jun 2013, terdapat lebih 17,000 pesakit yang masih dalam senarai menunggu untuk pemindahan organ. Ketidakseimbangan di antara permintaan dan bekalan organ meningkatkan risiko berlakunya aktiviti yang tidak beretika.


SATU IKRAR SEJUTA HARAPAN


          Derma Organ - Kematian, kedua-duanya saling berkaitan antara satu sama lain, sesuatu yang begitu sukar untuk diperkatakan. Apatah lagi jikamana melibatkan mereka yang tersayang. Begitu juga kepada pihak perubatan yang sentiasa sedia upaya menyelamatkan pesakit dan juga kekangan organ untuk menyelamatkan mereka.


       Apabila anda berkesanggupan dan berikrar untuk mendaftarkan diri sebagai Pendaftar Organ Nasional, anda telah membenarkan organ dan tisu  anda digunakan untuk tujuan transplan kepada mereka yang memerlukan. Kesannya, ini mampu mengubah kehidupan orang lain yang mengalami kegagalan organ supaya menjadi lebih selesa dan sempurna serta dapat menyelamatkan nyawa mereka daripada maut. Dalam sesetengah keadaan, pendermaan organ merupakan satu-satunya cara kaedah rawatan yang terbukti dapat menyelamatkan nyawa.


SIAPA YANG LAYAK MENDERMA ORGAN
      Sesiapa sahaja sama ada tua ataupun muda boleh mendaftar sebagai penderma organ dan tisu. Walaubagaimanapun, bagi penderma yang berusia di bawah 18 tahun, mereka perlu mendapat kebenaran ibu bapa ataupun penjaga terlebih dahulu.


Saya sudah pun berikrar, anda bila lagi???
          Pada umumnya, organ-organ yang boleh diderma adalah buah pinggang, jantung, hati (heper), paru-paru dan pankreas. Tisu-tisu yang boleh diderma adalah seperti mata, tulang, kulit, dan injap jantung.


















PANDANGAN AGAMA

TIADA BANTAHAN dari semua agama di dunia ini. Agama-agama seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh mengiktiraf pendermaan organ dan tisu sebagai amalan yang mulia,

Menurut Fatwa yang dikeluarkan pada Jun 1970, adalah HARUS  dan DIBENARKAN dalam Islam untuk menderma organ dan tisu mengikut perkara-perkara berikut:-
  • Ia dijalankan dalam keadaan kritikal dan penting di mana kehidupan penerimabergantung kepada pemindahan organ dan pemindahan yang mempunyai peluang yang tinggi untuk berjaya.
  • Dalam pemindahan jantung, kematian penderma mestilah dipastikan
  • Tindakan yang perlu hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan pemerdagangan organ yang terlibat.  Ia perlu silakukan atas sebab-sebab altruistik.
  • Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma sebelum transplantasi (kes kematian biasa) atau dari ahli keluarga (kes kematian akibat kematian).    
  • Penderma yang masih hidup tidak memudaratkan seperti kematian atau hilang upaya (kehilangan pendengaran, penglihatan atau morbility)
  • Doktor yang terlibat dalam epmindahan organ mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk menilai penderma dan penerima syarat berdasarkan prinsip maslahat (manfaat) dan mafsadah (kemudaratan) mengikut undang-undang Islam.
  • Pada 13 Disember 1989,  mati otak dikelaskan sebagai kematian dan pendermaan organ diHARUSKAN.

BAGAIMANA ORGAN PENDERMAAN ITU DIPINDAHKAN


Proses pemindahan organ dan tisu membabitkan suatu pembedahan yang bersih dan suci hama. Pembedahan ini dijalankan di dewan bedah hospital  oleh pakar bedah yang berpengalaman. Perolehan organ dan tisu seseorang penderma ini tidak akan menjejaskan rupa dan bentuk tubuh badannya.

Selepas organ dan tisu diperolehi, luka pembedahan itu akan dijahit dengan sempurna dan jenazah si penderma ini tidak akan mengalami apa-apa kecacatan fizikal. Segala proses pembedahan pemindahan ini dijalankan dengan penuh rasa hormat dan tertib sepertimana pembedahan yang lain.

CARA  MENDAFTAR SEBAGAI PENDERMA ORGAN

  • Anda boleh mengisi borang akaun penderma  dan kad ikrar penderma.  Borang yang lengkap perlulah dihantar ke Pusat Sumber Transplan Nasional manakala kad ikrar penderma perlulah disimpan di dalam dompet dan dibawa bersama anda setiap masa.                         





JOM SEMUA KITA BERSAMA-SAMA BERIKRAR SEBAGAI PENDERMA ORGAN...



              Pusat Sumber Transplan Nasional


Playlist

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...