Friday 30 August 2013

FIRA KL 2013



Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Malaysia Society of Engineering and Technology (MySET) berjaya melangsungkan Pertandingan yang julung-julung kali diadakan iaitu pertandingan 18th Fira Roboworld Cup and Congress (FIRA) bertempat di Politeknik Premier Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam.


Sejarah 18th FIRA 2013


Pertandingan FIRA telah diadakan setiap tahun sejak 1997 dan Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah kali pertama pada tahun ini dengan PSA sebagai tempat pertandingan berlangsung. 18th FIRA Roboworld Cup & Congress 2013 ini telah diadakan pada 24-29 Ogos 2013 yang lalu dengan penyertaan  dari Singapura, Indonesia, Taiwan, India, China, Korea Selatan, United Kingdom, Mexico, Kanada, Rusia, Jerman dan Malaysia selaku tuan rumah.  

PERASMIAN 18th FIRA 2013

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku perasmi pada 26 Ogos 2013 yang lalu berkata dengan adanya Pertandingan 18th FIRA Roboworld Cup & Congress 2013, acara ini mampu menyemarakkan semangat penyelidikan dan inovasi yang mampu mencetuskan minat masyarakat Malaysia dalam dunia robotik di samping meningkatkan kefahaman serta minat terhadap konsep saintifik dan perkembangan teknologi sedia ada dan baharu.



Muhyiddin berkata "penyertaan dalam FIRA 2013 sememangnya membantu pelajar memperkukuhkan lagi pengalaman pembelajaran  di luar bilik darjah  serta mempelajari tentang dunia kehidupan yang sebenar. Pertandingan seperti ini juga membantu para pelajar meningkatkan kemahiran penting bagi abad 21 iaitu ekmahiran berfikir, menyelesaikan masalah, pembelajaran kendiri serta kemahiran bekerja dalam satu pasukan".




Terdapat tujuh kategori yang dipertandingkan dalam 18th FIRA 2013 iaitu:-
1)  Humanoid Robot World Cup Soccer Tournament (HuroSot)
2) Amire Soccer Tournament (MiroSot)
3) Micro-Robot World Cup Soccet Tournament
4)  Naro Soccer Tournament (NaroSot)
5) Android Soccer Tournament (AndroSot)
6) Robo Soccer Tournament (RoboSot)
7) Simulation Robbot Soccer Tournament (SimuroSot)


KEJAYAAN PSIS

Kejayaan paling manis pada pandangan saya. Iyelah, memenangi pertandingan peringkat dunia, bukan calang-calang pertandingan. TAHNIAH dan SYABAS saya ucapakan kepada team PSIS kerana berjaya merangkumi hadiah tempat ke-3 dan tempat ke-4 dalam kategori Pertandingan Simulation Robbot Soccer Tournament (SimuroSot) & Amire Soccer Tournament (MiroSot).

Hadiah tempat ke-3 dan tempat ke-4 kategori SimuroSot yang disampaikan oleh Ketua Pengarah JPP

Hadiah  tempat ke-4 kategori MiroSot yang disampaikan oleh Ketua Pengarah JPP

Sesi bergambar bersama Pengarah PSIS, En. Sulong bin Yahya


GAMBAR SUASANA KETIKA 18TH FIRA SEDANG BERLANGSUNG


Ketikamana pertandingan sedang berlangsung


Tengah berdiskusi antara pelajar dan pensyarah team PSIS


Ridhwan tengah bertungkus lumus merancang strategi untuk perlawanan seterusnya


Syafiq dan Khairi Husaini tengah merancang sesuatu tu...
Kredit kepada Haikal (jurugambar) - tiada dalam gambar


apa yang sedang diperhatikan tu..keputusan pertandingan kot...



Tengah debug dan testing programming..
Tuan Ketua Pengarah JPP pun turun bagi semangat kepada team yang bertanding

Para peserta bergambar bersama Ketua Pengarah JPP (Dato Mukhlis)


Team PSIS bersama TPSA PSIS (En Zulkifli bin Md Isa)

Team PSIS bergambar kenangan bersama Pengasas Robot Soccer (Kim Jong Hwan)

Bergambar bersama pihak pengurusan PSIS

Team PSIS

Antara robot-robot yang bertanding


Kredit: terima kaseh kepada M.Haikal & En Mohd Farhan di atas kiriman gambar sepanjang program berlangsung.







Friday 16 August 2013

Karnival Debat dan Pidato Bahasa Melayu Politeknik Malaysia

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,

      Hampir 8 hari Syawal sudah meninggalkan kita. Masing-masing sudah mula sibuk masuk kerja / memulakan kembali pengajian masing-masing. Mudahan dengan kemeriahan Syawal yang disambut tidak membuatkan kita lupa akan tanggungjawab kita.

Kerja...Tugasan...Ujian...Laporan...menanti kita semua selepas ini.. Jom kita sama-sama mewujudkan kembali  'mood' dan suasana seronok bekerja / belajar walaupun masih di dalam suasana Syawal.  Peringatan untuk diri saya juga.

Lari dari tajuk sikit...

PIDATO???  DEBAT???

        Saudara-saudari sudah pasti pernah dengar atau mengalami sendiri debat mahupun pidato samada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahupun di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Bila kita perhatikan, sampai ke peringkat yang lebih luas, debat sebenarnya menjadi amalan  calon politik yang bakal bertanding  menyampaikan hujah dan ideologi parti mereka. Di negara kita yang aman damai sejahtera ini, amalan debat ini masih belum meluas lagi akan tetapi di negara luar sana, debat ini mampu melahirkan sesorang yang berani dan mampu melontarkan idea bernas akan sesuatu perkara.

         Takpelah, itu antara manifestasi debar dan pidota.  Berbalik kepada apa yang saya ingin kongsikan, Jabatan Pengajian Politeknik  berbesar hati menganjurkan       PERTANDINGAN DEBAT DAN PIDATO BAHASA MELAYU POLITEKNIK MALAYSIA SIRKIT 2/2013. Karnival dirancang akan berlangsung sepertimana butiran berikut:-


  • Nama Karnival: Karnival Debat dan Pidato Bahasa Melayu Politeknik Malaysia     
  • Tempat                : Politeknik Melaka, Melaka
  • Tarikh                  : 27-30 September 2013



              Pelajar perlu diberi ruang dan sudut tertentu untuk mengemukakan idea masing-masing kerana pengalaman berhujah dapat membantu menjawab apa juga isu muncul dalam masyarakat. Kesempatan ini, saya ingin menjemput pelajar yang mendaftar sebagai pelajar sepenuh masa di Politeknik seluruh Malaysia menyertai karnival tersebut. Saya yakin, InsyaAllah pelbagai manfaat bakal anda perolehi antaranya sebagai medium  untuk berdiskusi dan menyampaikan hujah serta idea bernas dalam menyelesaikan sesuatu isu. 
Latihan dan pengalaman untuk berhujah dan membalas kembali hujah pihak lawan  akan menjadikan anda  lebih berkeyakinan, berwibawa dan mampu mengemukakan idea.  

         Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai karnival etrsebut, bolehlah berhubung secara terus dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) Politeknik masing-masing untuk mengisi borang jawapan pengesahan penyertaan dan mendapat perincian undang-undang pertandingan.

    Di sini saya coretkan sedikit maklumat am pertandingan:-
  • Setiap politeknik boleh menghantar SATU pasukan debat sahaja yang terdiri daripada 4 orang peserta ( 3 pendebat utama dan 1 pendebat simpanan) serta 1 orang peserta pidato.
  • 2 orang pendebat adalah DIWAJIBKAN daripada kalangan pelajar semester 1 sehingga semester 4.
  • Peserta pertandingan mestilah terdiri daripada pelajar Politeknik Malaysia dan sedang mengikuti program secara sepenuh masa.
  • Setiap politeknik hendaklah mencadangkan 2 tajuk debat dan 2 tajuk pidato kepada urusetia.
  • Cadangan tajuk pendebatan dan pidato adalah bebas tanpa meyentuh isu keagamaan dan sensitiviti kaum lain.                                                                                                     





SELAMAT MAJU JAYA SAYA UCAPAKAN!!!


Thursday 15 August 2013

Permohonan ke Program Diploma Politeknik Sesi Disember 2013 dibuka sekarang...

 Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,





    Sekali lagi Bahagian kemasukan pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, mempelawa calon SPM / Setaraf, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, Matrikulasi, Sijil Institut Kemahiran PERDA / Institut Pertanian Malaysia untuk memohon dan menyambung pengajian  Program Diploma Politeknik Sesi Disember 2013. Permohonan secara atas talian mula dibuka 2 OGOS 2013 dan akan berakhir pada 1 OKTOBER 2013 (Selasa) jam 12.00 tengahari. 

      Permohonan dibahagikan mengikut kategori calon sepertimana maklumat berikut:-


LULUSAN SPM (UNTUK POLITEKNIK PREMIER)                      
Program ditawarkan
: 35 Program
Tempat
: 3
URL

LULUSAN SPM (UNTUK POLITEKNIK KONVESIONAL &  METRO)                      
Program ditawarkan
: 53 Program
Tempat
: 27
URL

LULUSAN SIJIL POLITEKNIK
Program ditawarkan
: 40 Program
Tempat
: 20
URL

LULUSAN SIJIL KOLEJ KOMUNITI
Program ditawarkan
: 22 Program
Tempat
: 27
URL

LULUSAN SIJIL INSTITUT KEMAHIRAN
Program ditawarkan
: 3 Program
Tempat
: 2
URL


Terima kaseh kerana memilih politeknik sebagai destinasi kecemerlangan anda seterusnya. 
Kejayaan menanti anda...

Monday 5 August 2013

KONVENSYEN USAHAWAN MUSLIM 2013

Assalamu'alaikum dan Selamat Pagi...


     Saya terpanggil ingin berkongsi sesuatu yang amat bermanfaat bagi sesiapa yang bercita-cita ingin menjadi usahawan berjaya. Konvensyen  Usahawan Muslim 2013 tempat sepatutnya anda hadiri. Tak rugi kerana banyak manfaatnya bakal anda perolehi di sana.




Di mana? Bila? Berbayar ke? Apa manfaatnya?


      InsyaAllah mengikut perancangan, Konvensyen Usahawan Muslim 2013 akan diadakan seperti mana butiran berikut:-

Tarikh          : 7 September 2013 (Sabtu)
Masa             : 9.00 pagi - 6.00 petang
Tempat        : Dewan Muktamar Kompleks Pusat Islam (JAWI), Kuala Lumpur.
Laman Web : www.KonvensyenUsahawanMuslim.com



        Besar, cantik dewannya.. InsyaAllah intipati yang bakal kita perolehi juga menarik dan amat berguna, tak rugi anda menyertainya.

        Jom kita kenali barisan panel yang bukan calang-calang orang, sesuai dengan tema konvensyen tersebut iaitu Bisnes Sebagai Fardhu Kifayah. Kita korek kaitan Islam dengan perniagaan, kenapa punca pendapatan adalah dari punca perniagaan, rahsia bagaimana sesetengah daripada barisan panel (Mereka juga antara usahawan berjaya di negara kita) bermula, naik-turun, berjaya-jatuh dan kebangkitan mereka semula. Antara barisan panel tersebut adalah:-

  1. Ustaz Pahrol Mohamad Juoi (Penceramah Bebas)
  2. Datuk Nadzim Johan (Pengasas Persatuan Pengguna Islam Malaysia -PPIM)
  3. Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin (Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn Bhd)
  4. Tuan Haji Ali Hassan Mohammad Hassan (Pengarah Urusan Al-Ikhsan Sport Sdn Bhd)
  5. Dato' Husammudin Yaacub (CEO Kumpulan Media Karangkraf)
  6. Dato' Dr. Rusly Abdullah (Chef Li) (Mentor Jutawan Senyap)
            
      Yuran pendaftaran yang dikenakan juga berpatutan, lagi menarik jika anda mendaftar secara BERKUMPULAN. Makan minum dan kandungan nota juga disediakan. Marilah sama-sama memeriahkan konvensyen yang julung-julung kalinya diadakan. Berikut kadar yura yang dikenakan pihak penganjur:-

  • Bilangan Peserta (1 orang)   =  Yuran dikenakan RM 150  (klik DI SINI)
  • Bilangan Peserta (2 orang)   =  Yuran dikenakan RM250   (Diskaun 17%)                                                                                (klik DI SINI)
  • Bilangan Peserta (3 orang)   =  Yuran dikenakan RM300    (Diskaun 33%)                                                                              (klik DI SINI)
  • Bilangan Peserta (11 orang) =  Yuran dikenakan RM 1000 (Diskaun 39%)                                                                              (klik DI SINI)


Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Konvensyen Usahawan Muslim 2013                      (KUM 2013)


P/S:- Tahukah anda, 9/10 Punca Pendapatan adalah daripada Punca Perniagaan..
         Jom kita selami potensi konvensyen ini beramai-ramai..


Playlist

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...