Tuesday 6 May 2014

Fenomena Lambakan Hadith Palsu












Petikan Hadith Palsu Puasa Bulan Rejab Tersebar

  • Barangsiapa berpuasa sehari di bulan Rejab, maka ia laksana berpuasa setahun. 
  • Bila berpuasa 7 hari maka ditutuplah untuknya pintu-pintu neraka Jahanam. 
  • Bila berpuasa 8 hari dibukakan untuknya 8 pintu syurga. 
  • Bila berpuasa 10 hari, Allah akan mengkabulkan semua permintaannya


Penjelasan Mengenai Hadith Kelebihan Bulan Rejab

          Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadith-hadith lemah.  Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan seperti qimullail, puasa Isnin dan Khamis. Tadarus Al Quran dan lain-lain lagi. Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak terkejut apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan.


      Hadith palsu berkenaan kelebihan puasa di Bulan Rejab banyak tersebar secara meluas terutamanya melalui media sosial. Menerusi kenyataan rasmi oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Petikan atau potongan hadith itu berkenaan kelebihan puasa di bulan Rejab adalah TIDAK BENAR atau PALSU semata-mata.


       Pengguna laman sosial khususnya dinasihatkan agar lebih berwaspada supaya tidak turut sama menyebarluaskan hadith dari sumber yang tidak sahih kerana ianya boleh memesongkan aqidah umat Islam. Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadith-hadith sahih.


 
  Marilah kita sama-sama menjaga kesucian sumber utama umat Islam iaitu Al-Quran & Hadith. Jika tidak tahu, bertanyalah kepada pihak yang sahih dan 'arif tentang bidang tersebut. Tidak rugi menjadi pihak yang menuntut ilmu dan ingin tahu berkenaan bidang yang tidak diketahui. Malu bertanya sesat jalan..

Wallahu'alam...


Sumber:  http://drmaza.com/home/?p=646


2 comments:

Playlist

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...