Monday 8 July 2013

Majlis konvokesyen kali ke-8 PSIS

Assalamu'alaikum semua,

        Majlis Konvokesyen PSIS kali ke-8 baru sahaja selesai melabuhkan tirainya setelah 2 hari berlangsung. Kejayaan bermakna buat pelajar-pelajar apabila susah payah, perit jerih belajar selama 3 tahun berbaloi apabila hari bertuah ini, pelajar-pelajar memakai jubah konvokesyen, berpakaian serba baru, berkelip-kelip semata-mata untuk satu hari paling bakal diingati dalam  hidup masing-masing. Bagi ibu bapa, tiada hadiah yang paling manis melainkan melihat anak-anak mereka berjaya dengan cemerlang. 

Majlis Konvokesyen kali ke-8 PSIS
Perarakan masuk para VVIP masuk ke dewan
Wajah-wajah ceria para graduan masuk ke dewan
En Sulong (Pengarah PSIS), Yg. Bhg Tan Sri Dato' Dr Rozali Bin Ismail (Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd) dan Pn Wan Yasima (Timbalan Pengarah Akademik PSIS)


          Walaupun tidak secara langsung mengajar mereka, akan tetapi kelegaan dan kebanggaan dirasai apabila melihat anak-anak didik berjaya menerima scroll diploma masing-masing. Tambahan lagi konvokesyen kali ini amat bermakna apabila Anugerah Pengarah  dianugerahkan kepada pelajar JKE, saudara Razif bin Rapli setelah sekian lama dipelopori oleh jabatan lain. TAHNIAH dan SYABAS buat saudara Razif bin Rapli  di atas kejayaan ini semoga menjadi batu loncatan kepada adik-adik junior untuk berjaya seperti abang-abang dan kakak-kakak mereka kelak. Di sini dikongsikan sedikit suasana semasa majlis konvokesyen berlangsung. 

Anugerah Tan Sri Dr Rozali yang dianugerahkan kepada saudara Burhanuddin  dari JKA
Anugerah Pengarah dianugerahkan kepada Saudara Razif bin Rapli
Barisan VIP pada sidang ke-2 
VVIP sidang kedua (Dr Abdul Rahim) bergambar bersama Pengarah dan Timbalan Pengarah Akademik
En Sulong (Pengarah PSIS), Dr Abdul Rahim dan Pn Wan Yasima (TPA PSIS)
Sebahagian AJK Jemputan & Sambutan Majlis Konvokesyen kali ke-8
Hidayah, Azlina, Puvaana, Janice, Ruhiyah, Suhana, Amirul

AJK AJK Pelajar ( Jemputan & Sambutan Majlis Konvokesyen kali ke-8) 


No comments:

Post a Comment

Playlist

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...