- 11 Tahun - Pendidikan wajib bermula pada umur ENAM TAHUN
- 100% - Murid CELIK BAHASA MELAYU(BM) dan kuasai kemahiran numerasi selepas tiga tahun persekolahan
- 61,000 - Guru BI wajib menduduki UJIAN PENEMPATAN CAMBRIDGE
- 240 Minit - Waktu subjek BM di SEK. JEN. KEB.
- 30% - GRADUAN TERBAIK menyertai profesion perguruan
- 2016 - Bahasa Inggeris (BI) WAJIB LULUS SPM
- 2025 - 100% sekolah akan dilengkapi INTERNET BERKELAJUAN 4Mbps melalui 1BestariNet
- Guru Besar - Pemilihan tidak berpandukan tempoh perkhidmatan tetapi dan Pengetua KECEKAPAN KEPIMPINAN
- 40% - Soalan UPSR berbentuk PEMIKIRAN ARAS TINGGI
- 50% - Soalan SPM berbentuk PEMIKIRAN ARAS TINGGI
- 2015 - Semua sekolah dilengkapi keperluan INFRASTRUKTUR ASAS bermula Sabah dan sarawak bagi menjamin kualiti pembelajaran sempurna
Tanggal 06 Sept. 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah dilancarkan dengan 11 anjakan yang strategik ke arah transformasi sistem pendidikan yang mampa dan pantas untuk memenuhi keperluan abad 21. Transformasi pendidikan bukanlah sekadar menambah kakitangan dan kemudahan malahan menjurus kepada usaha memahami dan menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran (PnP).
Inisiatif yang diperkenalkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) menggariskan perubahan besar yang dihasratkan termasuklah memastikan enrolmen sejagat pada pelbagai peringkat bermula prasekolah sehingga menengah atas dalam tempoh 10 tahun akan datang, selain mengurangkan jurang pencapaian antara golongan kaya dengan golongan miskin samada di kawasan bandar atau luar bandar.
11 ANJAKAN UTAMA MENTRANSFORMSIKAN PENDIDIKAN
- Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
- Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
- Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai
- Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan
- Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan setiap sekolah
- Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan
- Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
- Mentransformasikan kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian
- Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas
- Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
- Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung
IMPAK TRANSFORMASI KEPADA KITA
Semua pihak terlibat dan impak besar adalah kepada Murid itu sendiri tanpa mengira latar belakang. Persekitaran pembelajaran yang kondusif dan berasa terangkum dan terdidik dengan pengalaman pembelajaran di sekolah.
Seterusnya pihak Guru yang mana guru akan meningkatkan keupayaan masing-masing untuk mencapai keberhasilan murid yang dihasratkan. Keseronokan dan kepuasan dalam menjalankan tugas mereka.
Manakala Kepimpinan Sekolah akan cuba bertindak sebagai agen perubahan. Mereka lebih mudah mendapat akses yang lebih besar terhadap latihan kepimpinan bertaraf antarabangsa.
Akhirnya Ibu Bapa akan menyaksikan penambabaikan yang ketara dan lestari dalam pengalaman pendidikan anak-anak mereka. Ibu bapa akan berasa seperti rakan kongsi sebenar dengan pihak sekolah dalam mmbantu pembelajaran anak-anak mereka.
No comments:
Post a Comment