Tuesday 6 May 2014

Fenomena Lambakan Hadith Palsu












Petikan Hadith Palsu Puasa Bulan Rejab Tersebar

  • Barangsiapa berpuasa sehari di bulan Rejab, maka ia laksana berpuasa setahun. 
  • Bila berpuasa 7 hari maka ditutuplah untuknya pintu-pintu neraka Jahanam. 
  • Bila berpuasa 8 hari dibukakan untuknya 8 pintu syurga. 
  • Bila berpuasa 10 hari, Allah akan mengkabulkan semua permintaannya


Penjelasan Mengenai Hadith Kelebihan Bulan Rejab

          Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadith-hadith lemah.  Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan seperti qimullail, puasa Isnin dan Khamis. Tadarus Al Quran dan lain-lain lagi. Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak terkejut apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan.


      Hadith palsu berkenaan kelebihan puasa di Bulan Rejab banyak tersebar secara meluas terutamanya melalui media sosial. Menerusi kenyataan rasmi oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Petikan atau potongan hadith itu berkenaan kelebihan puasa di bulan Rejab adalah TIDAK BENAR atau PALSU semata-mata.


       Pengguna laman sosial khususnya dinasihatkan agar lebih berwaspada supaya tidak turut sama menyebarluaskan hadith dari sumber yang tidak sahih kerana ianya boleh memesongkan aqidah umat Islam. Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadith-hadith sahih.


 
  Marilah kita sama-sama menjaga kesucian sumber utama umat Islam iaitu Al-Quran & Hadith. Jika tidak tahu, bertanyalah kepada pihak yang sahih dan 'arif tentang bidang tersebut. Tidak rugi menjadi pihak yang menuntut ilmu dan ingin tahu berkenaan bidang yang tidak diketahui. Malu bertanya sesat jalan..

Wallahu'alam...


Sumber:  http://drmaza.com/home/?p=646


Tuesday 29 April 2014

Jana Duit Dengan Membayar Hutang

DEBT...

INSOLVENSI...

KAD KREDIT...

RIBA...

PINJAMAN / PEMBIAYAIAN..




        Fenomena yang sinonim dengan kehidupan masyarakat kita kini semakin menular umpama semarak api yang menyambar tanpa sempadan. Malaysia tidak ketinggalan berhadapan dengan budaya berhutang kerana kecenderungan gaya hidup yang melangkaui kemampuan kewangan yang sebenar serta sikap tamak dalam mengumpul harta.

     Mari kita sama-sama teliti fakta-fakta semasa di dada media berkaitan dengan fenomena hutang ini:-





     Satu kaji selidik yang telah dijalankan oleh pihak Citibank melibatkan 1002 responden generasi Y yang tinggal di kawasan bandar-bandar besar mendapati:-

ü  47% daripada mereka menghadapi masalah hutang yang serius
 dengan 30% atau lebih daripada gaji kasar mereka digunakan
 untuk pembayaran hutang

ü  37% berbelanja di luar kemampuan kewangan sebenar

ü  15% daripada responden tidak mempunyai sebarang simpanan

ü  Secara puratanya, perbelanjaan  menggunakan kad kredit
 ialah RM702 sebulan

ü  37% daripada responden tidak pernah memikirkan persiapan persaraan
c
       
      CORAK HUTANG KINI   


      Pinjaman Pendidikan


Pinjaman / Pembiayaan Kenderaan
 


      Pinjaman / Pembiayaan Peribadi
 
 


Pinjaman / Pembiayaan Perumahan



             Tidak seperti zaman datuk nenek kita dahulu yang amat susah membuat hutang / pinjaman. Ia juga berkait rapat dengan SIKAP  masyarakat kini yang suka mengutamakan perkara-perkara yang sunat daripada wajib termasuklah bersikap remeh-temeh tentang peri pentingnya seseorang itu memerangi riba serta larangan melengah-lengahkan pembayaran hutang piutang.



     JERATAN KAD KREDIT


                 Secara umumnya, kita boleh perhatikan sekarang, kebanyakan transaksi pinjaman / pembiayaan boleh dibuat di mana-mana sahaja (di pejabat, di rumah, di kedai makan dan sebagainya) tanpa perlu datang ke premis perbankan sendiri. Ini tidak mengambil kira betapa mudahnya bagi seseorang untuk membuat permohonan secara online mahupun perbualan telefon dengan pegawai perbankan itu sendiri.



           Akhbar STAR ada melaporkan menurut syarikat pembayaran gergasi VISA, perbelanjaan kad debit & kad kredit di Malaysia telah melonjak sejak lima tahun yang lepas (2008) dengan peningkatan 50 peratus  tahun demi tahun, mengatasi negara-negara jiran di Asia Tenggara. Penyelidikan oleh syarikat VISA juga mendapati 80 peratus dari responden Malaysia mebeli-belah  secara dalam talian sejak dua tahun yang lepas dan keselesaan merupakan penggerak dan faktor utama mereka berbuat demikian (The STAR, 24 Oktober 2012).

          Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, Bank Negara Malaysia pada laporan tahunan 2011 mendedahkan hutang isi rumah negara jika dinisbahkan pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah TERTINGGI di Asia. Hutang isi rumah telah meningkat kepada 83 peratus  bagi tahun 2013 daripada 63.9 peratus KDNK (RM 389 bilion) pada tahun 2010.

c

    sumber: Buku Jana Duit Dengan Membayar Hutang

Thursday 24 April 2014

S.E.M.U.T


"Hingga apabila mereka sampai  di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyedari"; 

"Maka dia (Nabi Sulaiman) tersenyum dengan  tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdo'a: "Ya  Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni'mat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk  mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh"


Cerita Semut 

           Semut merupakan sejenis serangga kecil yang hidup di dalam tanah, di hutan, di celah lubang dinding rumah dan ada juga di dalam balang gula di rumah. Pelbagai jenis spesis semut  telah ditemui dan jarang ditemui sama ada di hutan, di rumah atau di bandar. Antara semut yang biasa ditemui ialah semut kerengga, semut merah /api (atau di kenali sebagai semut gatal), semut hitam, semut kecil dan pelbagai lagi jenis semut . Semut biasanya hidup dalam komuniti @ masyarakat yang besar dan hidup dalam keadaan bekerjasama antara satu sama lain. 





         Semut amatlah rajin bekerja dan sanggup berjalan 'berjuta-juta batu' @ berpindah untuk mencari makanan dan akan membina populasi baru di tempat yang banyak makanan. Tahukah anda semut tidak akan tersesat mencari rumah mereka (semut) sendiri  kerana semut akan membina jaringan jalan mereka sendiri dan akan berlaga serta ‘bersalam’ melalui sesunggut bila berjumpa sesama semut.

          Semut mempunyai deria bau yang sensitif terhadap makanan seperti gula, manisan atau makanan di dapur serta di meja makan. Semut dengan gula sukar untuk dipisahkan ibarat pepatah yang biasa didengar 'mati semut kerana gula'. Mereka (semut) akan ‘hurung’ / himpun beramai-ramai bersama gula @ makanan dan membawa balik makanan ke sarang mereka. Ajaibnya, semut boleh mengangkat cebisan makanan sekali ganda dari berat badan mereka dan berjalan membawa makanan ke sarang mereka. SubhanaAllah Maha Suci Allah.



Semut Kerengga

         Semut kerengga biasanya lebih suka tinggal di atas pokok buah-buahan ,contohnya pokok  rambutan ,pokok mempelam dan lain-lain lagi. Kerengga akan membina ‘rumah’ @ sarang mereka menggunakan daun di pokok  yang di cantum-cantumkan. Kerengga  akan menggigit manusia jika ‘rumah’ mereka dicerobohi @ diganggu–gugat oleh manusia yang ingin mengambil buah atau mencantas pokok. Kerengga secara ‘individu’ @ berkumpulan akan mengigit /mengetit manusia dengan cepat tanpa berfikir panjang kerana mereka akan mempertahankan ‘sarang’ mereka daripada dicerobohi.

       Kerengga mempunyai ketua mereka sendiri yang dikenali sebagai ‘Ratu’ atau raja semut yang bersaiz agak besar sedikit berbanding saiz semut kerengga lain. Ratu kerengga akan memastikan kerengga lain selamat dan akan meningkatkan lebih banyak populasi kerengga.


Semut Hitam

        Semut hitam adalah jenis semut yang berjalan laju dan banyak di dapati di rumah @ iaitu di tempat lembap contohnya di bawah tikar getah yang lembap. Semut ini selalunya senang ditemui  kerana ‘mereka’ membiak dengan banyak di sesuatu tempat. Semut jenis ini jarang mengigit manusia kerana mereka akan melarikan diri jika diri mereka terancam. 
         Semut merah/semut api atau dikenali juga dengan nama 'semut gatal’ adalah sejenis semut yang amat agresif dan suka menggigit/mengetit kulit manusia jika mereka diganggu atau sarang mereka di ceroboh oleh sesiapa jua. Kulit manusia yang digigit semut api akan mengalami kegatalan kulit untuk tempoh yang singkat.  

Kesimpulan
     Contohilah sikap semut yang suka bekerjasama dalam hidup bermasyarakat dan rajin bekerja dan tidak kenal putus asa. Semut akan mempertahankan ‘rumah’ mereka daripada dicerobohi atau diganggu gugat oleh sesiapa saja. AllahuAkhbar!

Sunday 20 April 2014

Kebolehpasaran Pelajar Politeknik

Sebanyak 76 peratus graduan politeknik di seluruh negara mendapat pekerjaan setiap tahun, sekali gus membuktikan kebolehpasaran graduan institusi berkenaan.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Datuk Mohlis Jaafar, berkata kajian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu turut menunjukkan sehingga 24 peratus graduan politeknik menyambung pengajian di universiti tempatan.

“JPP menyasarkan peningkatan kadar kebolehpasaran siswazah politeknik di seluruh negara mencecah 85 peratus menjelang 2015 dan ia mampu dicapai berdasarkan statistik semasa serta selari dengan pelaksanaan program transformasi politeknik yang dijalankan,” katanya.



Justeru, katanya, pengajian politeknik perlu berubah secara transformasi iaitu pada kadar dan kepesatan seiring dengan perubahan ekonomi dan global, khususnya dalam membekalkan tenaga kerja mahir mencukupi keperluan negara.

“Bagi memenuhi permintaan pasaran kerja dalam bidang berkenaan menjelang 2020, JPP mensasarkan kira-kira 400,000 graduan teknikal dapat dilahirkan.

“Ketika ini, menerusi 32 politeknik di seluruh negara, kira-kira 35,000 lulusan graduan teknikal dilahirkan dalam pelbagai bidang setiap tahun,” katanya.

Sehingga kini, lebih 200,000 graduan teknikal berjaya dilahirkan melalui politeknik yang menyumbang 55 peratus daripada graduan teknikal lepasan institusi latihan teknikal di seluruh negara. 


Thursday 10 April 2014

Jawatan Kosong (3)




  • COMPANY ADDRESS       : CTLplast  MANUFACTURING SDN BHD,                                                                            LOT 580/581, JALAN 2C,   SUBANG NEW                                                                       VILLAGE,   40150 SHAH ALAM, SELANGOR.
  • POSITION                            : TECHNICIAN
  • QUALIFICATION             : DIPLOMA ELECTRIC ELECTRONIC
  • AVAILABLE                        : 5 VACANCY


Kepada sesiapa yang berminat bolehlah memohon dengan menghantar emel beserta resume ke HR ..




SELAMAT MENCUBA...

Friday 28 March 2014

SUBHANAALLAH: TEMPAT PELIK DI DUNIA.

1.   PAMUKALLE - TURKI






       Kolam ni terbentuk setelah berlakunya satu gempa bumi kat Turki beribu tahun dulu yang membuatkan tanah tersebut ada yang naik dan ada yang turun. Bawah tanah tersebut mempunyai mata air yang panas, maka apabila terjadinya gempa bumi,  air panas tersebut di tarik naik ke atas permukaan. Air panas tersebut mengandungi kandungan kalsium yang sangat tinggi.

      Pamukalle bermaksud Istana Kapas disebabkan warna air yang berwarna putih susu. Pada zaman Greco-Romans, mereka membina  bandar yang bernama Heirapolis dan menggunakan tempat ni sebagai “Healing Place”. Kini tempat tersebut telah ditutup oleh pihak UNESCO untuk tujuan pemuliharaan.



2.   MOERAKI - NEW ZEALAND





          Batu yang besar ini terletak kat Pantai Otago dan terjadi sama seperti proses mutiara terbentuk (pendek kata ni mutiara gergasi @ telur dinasour). Lagenda Kaum Maori mengatakan batu ini dibawa oleh nenek moyang mereka dalam sampan yang besar dan batu-batu ini adalah tinggalan kapal tersebut.

          Batu Moeraki adalah batu yang luar biasa besarnya dan bulat dan terletak di sepanjang hamparan Pantai Koekohe di Pesisir Otago. Mitos batu  itu tersebar menyatakan bahawa batu itu tertanam di dalam lumpur dan muncul terhampar berkelompok di pantai untuk tujuan melindungi Kaum Maori.



3.  NINE HELLS OF BEPPU - JEPUN





          Beppu, terletak kat Kepulauan Kyushu adalah penghasil kolam air panas kedua terbesar di dunia. Diberi nama “Hell” disebabkan keadaan kolam yang seakan-akan pintu neraka masyarakat Jepun ditambah lagi dengan warnanya yang merah. 

      Antara tempat tu adalah Sea or Ocean Hell (Umi Jigoku), Shaven Head Hell (Oniishibozu Jigoku), Cooking Pot Hell (Kamado Jigoku), Mountain Hell (Yama Jigoku), Devil or Monster Mountain Hell (Oniyama Jigoku,) Golden Dragon Hell (Kinryu Jigoku) and White Pond Hell (Shiraike Jigoku). Malangnya, petempatan sekeliling kolam itu dan terlebih dibangunkan maka tak hairanlah jika satu hari nanti kolam ini ditutup.



4.     GREAT BLUE HOLE OF BELIZE





       The Great Blue Hole merupakan sebuah lubang yang paling besar di dunia iaitu merupakan lubang pembuangan air terbesar di Pesisir Pantai Belize. Terletak dekat Pusat Light House Reef 96 kilometer dari timur daratan Belize. Lubang ini bentuknnya bulat sempurna berukuran lebih dari 1000 kaki (305 meter) dan mencecah kedalaman 480 kaki (146 meter)

      Misteri bagaimana ianya terbentuk membentuk lubang yang besar bahkan tertutup oleh birunya air laut. Jawapannya adalah terbentuk hasil dari runtuhan yang berulang-ulang dari suatu sistem gua batu kapur dalam tempoh masa yang agak lama (permukaan laut pada ketika itu agak rendah). Apabila permukaan laut mulai tinggi, sebahagian isi gua runtuh dan mebentuk lubang biru.

    Blue hole ini sangat terkenal di dunia penyelam kerana tempat ini merupakan arena yang sesuai yang menyajikan pemandangan laut yang cantik, menakjubkan dan penuh misteri yang perlu diterokai.



5.      HELL'S DOOR -  TURKMENISTAN






    Terletak  di Wilayah Derweze di tengah-tengah gurun Karakum (260 km Utara Ashgabat) wujudnya lokasi yang dikenali sebagai 'Pintu Neraka Dunia' atau 'The Door To Hell' yang berupa sebuang lubang berapi gergasi yang amat kaya dengan sumber gas asli.

      Mulai diterokai pada tahun 1971 ketikamana proses cari gali sumber asli dijalankan oleh ahli geologist. Berukuran lilit seluas 2 kali keluasan padang bola dan kedalamannya mencecah sehingga 30 meter dalam. 

      Percaya atu tidak dikatakan  The Door To Hell ini terbentuk hasil buatan manusia sendiri. Semasa   proses   carigali   sumber   asli   dijalankan   oleh Tentera Soviet, pada kedalaman    
25 meter, berlaku keretakan dan tanah mulai runtuh dan menyebarkan gas asli. 



6.      SANQINGSHAN - CHINA 






        Gunung Sanqingshan merupakan Taman Nasional yang terkenal di China, juga merupakan salah satu warisan dunia yang terpelihara dibawah UNESCO. Terletak di sebelah Barat pergunungan Huyaiyu di Timur Laut Jiangxi dan berkeluasan 22.950 hektar dengan ketinggian sehingga 1.817 meter dari kaki laut. 
            
                 Taman Nasional ini tercatat sebagai taman warisan dunia kerana keindahan yang luar biasa.  Puncaknya dikatakan menyerupai manusia dan juga haiwan. Menurut mitos purba  masyarakat China taman itu dibina oleh 4  dewa  iaitu dewa tanah (gunung), air (air terjun), angin (kabus) dan api (pancaran matahari).


 7.     EYES OF AFRIKA




                    Bentuknya seakan mata. Itu penilaian pertama saya melihat gambar di atas. Tempat itu dikenali sebagai Eye of Africa (Mauritania) atau mata sahara ataupun mata biru Afrika. Lokasinya terletak di sebelah barat Gurun Sahara.

        Terbentuk melalui hakisan batu carbonatite yang mengambil masa sehingga 94-104 juta tahun yang lalu. Menurut sejarah, tempat ini pernah digunakan sebagai tapak pengujian bom nuklear.
              



8.       RACETRACK PLAYA - USA





         Racetrack Playa ini terletak di California (USA) lebih dikenali sebagai batu-batu layar kerana dikatakan batu-batu tersebut akan mengalami pergerakan  setiap tahun (bergerak seperti di track). Ini disebabkan apabila hujan turun di situ, tanah yang kering kontang mulai berlumpur. Maka batu-batu yang ada di situ mulai bergerak sendiri walaupun  batu-batu tersebut besar dan berat hampir mencecah beratus kilogram.



9.        FLY GEYSER, RENO






               Fly Geyser (Nevada)  merupakan salah satu tempat menarik di dunia yang mana  terdapat air mata air yang panas terpancut keluar secara dari bawah kerak bumi ke atas.
           Pancutan air panas ini terhasil secar tidak sengaja melalui penggerudian mencari telaga pada tahun 1960. Ini ini merupakan kawasan geoterma dengan suhu yang tinggi dari dalam bumi. Air panas akan terpancut ke atas permukaan dan mineral mula terbentuk yang akhirnya menghasilkan gunung berapi setinggi 5 kaki tinggi. 

Pada kawasan teras gunung berapi tersebut, warnanya agak berlainan dengan warna sekeliling kerana mineral yang terdapat di situ. Akhirnya berjaya menarik perhatian  haiwan-haiwan lain mula berhabitat di situ.



10.       CHOCOLATE HILLS,  BOHOL (FILIPINA)





  Chocolate Hills ini merupakan tempat tarikan pelancong popular di Bohol, Filipina. Kawsan bukit ini terdiri  daripada kira-kira 1268 bukit batu kapur yang dilitupi dengan rumput berbentuk kon dengan ketinggian antara 40-120 meter.

    Chocolate Hills merupakan salah satu keajaiban alam turut disenaraikan sebagai tugu geologi nasional Filipina. Semasa musim panas, bukit batu kapur yang dilitupi rumput ini akan mengering dan bertukar menjadi perang, seterusnya mengubah tempat tersebut menjadi barisan bukit yang kelihatan seperti coklat





P/S: SUBHANAALLAH, Maha Suci Allah yang Maha Mencipta semuanya...


Playlist

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...