Sunday 20 April 2014

Kebolehpasaran Pelajar Politeknik

Sebanyak 76 peratus graduan politeknik di seluruh negara mendapat pekerjaan setiap tahun, sekali gus membuktikan kebolehpasaran graduan institusi berkenaan.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Datuk Mohlis Jaafar, berkata kajian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu turut menunjukkan sehingga 24 peratus graduan politeknik menyambung pengajian di universiti tempatan.

“JPP menyasarkan peningkatan kadar kebolehpasaran siswazah politeknik di seluruh negara mencecah 85 peratus menjelang 2015 dan ia mampu dicapai berdasarkan statistik semasa serta selari dengan pelaksanaan program transformasi politeknik yang dijalankan,” katanya.



Justeru, katanya, pengajian politeknik perlu berubah secara transformasi iaitu pada kadar dan kepesatan seiring dengan perubahan ekonomi dan global, khususnya dalam membekalkan tenaga kerja mahir mencukupi keperluan negara.

“Bagi memenuhi permintaan pasaran kerja dalam bidang berkenaan menjelang 2020, JPP mensasarkan kira-kira 400,000 graduan teknikal dapat dilahirkan.

“Ketika ini, menerusi 32 politeknik di seluruh negara, kira-kira 35,000 lulusan graduan teknikal dilahirkan dalam pelbagai bidang setiap tahun,” katanya.

Sehingga kini, lebih 200,000 graduan teknikal berjaya dilahirkan melalui politeknik yang menyumbang 55 peratus daripada graduan teknikal lepasan institusi latihan teknikal di seluruh negara. 


1 comment:

  1. Politeknik merupakan pengeluar graduan teknikal dan vokasional terbesar....

    ReplyDelete

Playlist

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...