Tuesday, 29 April 2014

Jana Duit Dengan Membayar Hutang

DEBT...

INSOLVENSI...

KAD KREDIT...

RIBA...

PINJAMAN / PEMBIAYAIAN..




        Fenomena yang sinonim dengan kehidupan masyarakat kita kini semakin menular umpama semarak api yang menyambar tanpa sempadan. Malaysia tidak ketinggalan berhadapan dengan budaya berhutang kerana kecenderungan gaya hidup yang melangkaui kemampuan kewangan yang sebenar serta sikap tamak dalam mengumpul harta.

     Mari kita sama-sama teliti fakta-fakta semasa di dada media berkaitan dengan fenomena hutang ini:-





     Satu kaji selidik yang telah dijalankan oleh pihak Citibank melibatkan 1002 responden generasi Y yang tinggal di kawasan bandar-bandar besar mendapati:-

ü  47% daripada mereka menghadapi masalah hutang yang serius
 dengan 30% atau lebih daripada gaji kasar mereka digunakan
 untuk pembayaran hutang

ü  37% berbelanja di luar kemampuan kewangan sebenar

ü  15% daripada responden tidak mempunyai sebarang simpanan

ü  Secara puratanya, perbelanjaan  menggunakan kad kredit
 ialah RM702 sebulan

ü  37% daripada responden tidak pernah memikirkan persiapan persaraan
c
       
      CORAK HUTANG KINI   


      Pinjaman Pendidikan


Pinjaman / Pembiayaan Kenderaan
 


      Pinjaman / Pembiayaan Peribadi
 
 


Pinjaman / Pembiayaan Perumahan



             Tidak seperti zaman datuk nenek kita dahulu yang amat susah membuat hutang / pinjaman. Ia juga berkait rapat dengan SIKAP  masyarakat kini yang suka mengutamakan perkara-perkara yang sunat daripada wajib termasuklah bersikap remeh-temeh tentang peri pentingnya seseorang itu memerangi riba serta larangan melengah-lengahkan pembayaran hutang piutang.



     JERATAN KAD KREDIT


                 Secara umumnya, kita boleh perhatikan sekarang, kebanyakan transaksi pinjaman / pembiayaan boleh dibuat di mana-mana sahaja (di pejabat, di rumah, di kedai makan dan sebagainya) tanpa perlu datang ke premis perbankan sendiri. Ini tidak mengambil kira betapa mudahnya bagi seseorang untuk membuat permohonan secara online mahupun perbualan telefon dengan pegawai perbankan itu sendiri.



           Akhbar STAR ada melaporkan menurut syarikat pembayaran gergasi VISA, perbelanjaan kad debit & kad kredit di Malaysia telah melonjak sejak lima tahun yang lepas (2008) dengan peningkatan 50 peratus  tahun demi tahun, mengatasi negara-negara jiran di Asia Tenggara. Penyelidikan oleh syarikat VISA juga mendapati 80 peratus dari responden Malaysia mebeli-belah  secara dalam talian sejak dua tahun yang lepas dan keselesaan merupakan penggerak dan faktor utama mereka berbuat demikian (The STAR, 24 Oktober 2012).

          Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, Bank Negara Malaysia pada laporan tahunan 2011 mendedahkan hutang isi rumah negara jika dinisbahkan pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah TERTINGGI di Asia. Hutang isi rumah telah meningkat kepada 83 peratus  bagi tahun 2013 daripada 63.9 peratus KDNK (RM 389 bilion) pada tahun 2010.

c

    sumber: Buku Jana Duit Dengan Membayar Hutang

No comments:

Post a Comment

Playlist

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...