Monday, 30 September 2013

Al-Ghaffar

"Walau Beribu Kali, Kau tetap Ku Ampuni"...


Al-Ghaffar ialah nama yang membuktikan sifat kasih sayang Allah kepada hambaNYa. Sedar atau tidak, Allah melimpahkan kasih sayangNya melalui nama Al-Ghaffar pada setiap masa.

Tawaran pengampunan daripada Allah ini terbentang luas kepada sesiapa yang bersungguh-sungguh memohon keampunanNya. Sebesar manapun dosa dan stinggi mana pun himpunan maksiat yang kita lakukan, Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang sudi mengampunkkanya.



Malah, Dia sangat suka untuk sentiasa mengampuni hambaNya setiap kali keampunan dipohon. Ya, Dialah Yang Maha Pengampun dan amat suka memaafkan hambaNya, walaupun kesalahan yang dilakukan itu tidak terhitung banyaknya.

Inilah tanda ketinggian kuasa dan sifat kasih sayang Allah yang tiada taranya. Manusia yang pemaaf amat suka memaaafkan insan lain, kerana itu tanda kerendahan diri seorang hamba kepada Tuhannya.

Nama Allah al-Ghaffar ini mengajar kita beberapa perkara:-





MELEBURKAN RASA EGO 

Apabila melihat kesalahan orang lain, maka lihatlah bahawa kita juga mungkin melakukan kesalahan yang sama. Dengan itu, akan lebur ego dalam diri dengan berasa kita lebih mulia daripada orang lain. Sedangkan kita ini insan biasa sahaja.






 MUDAH MEMAAFKAN

Sekiranya datang seseorang memohon kemaafan daripada kita, MAAFKANLAH. Ingatlah bahawa Allah Yang Maha Kaya juga Maha Mengampuni. Maka layakkah kita untuk meletakkan harga yang mahal untuk sebuah kemaafan?






MELIHAT KESALAHAN ORANG LAIN DENGAN HIKMAH

Memaafkan kesalahan orang lain, hakikatnya memaafkan diri sendiri. Diri yang tidak melihat secara hikmah di sebalik kesalahan orang lain seolah-olah membutakan mata dan hati untuk mengambil pengajaran dari sekelilingnya.









Ayuh kita bermuhasabah diri.
 Renunglah diri dengan MATA HATI. 
Adakah kita sudah menjadi hamba yang suka memberi kemaafan kepada insan yang lain?


No comments:

Post a Comment

Playlist

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...