Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,
Lama betul blog ni tak di update, kekangan masa maklumlah cuti panjang, ambil kesempatan balik kampung. Ni baru nak update balik blog yang hampir bersarang ni..
APA ITU UPSR?
10-12 September 2013 yang lepas baru sahaja berlangsung peperiksaan penting di negara kita bagi menilai pencapaian kognitif pelajar di akhir pengajian sekolah rendah secara berpusat seluruh negara yang lebih dikenali sebagai Ujian Penailan Sekolah Rendah (UPSR) berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Pelajar-pelajar dinilai untuk lima matapelajaran utama iaitu Bahasa Melayu (BM ~ Pemahaman), Bahasa Melayu (BM ~ Penulisan), Bahasa Inggeris (BI), Sains (Sn) dan Matematik yang mana penilaian untuk kesemua matapelajaran ini menggunakan skala lima mata iaitu:-
Pencapaian di atas tahap minimum penguasaan
- A - Sangat Baik
- B - Baik
- C - Sederhana
Pencapaian di bawah tahap minimum penguasaan
- D - Lemah
- E - Sangat Lemah
Tak kelewatan saya ingin ucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada semua calon yang telah menduduki peperiksaan tersebut baru -baru ini. Semuga kejayaan menjadi milik adik-adik berkat usaha adik-adik sendiri, dorongan tak berbelah bagi dari kedua ibu bapa dan juga tak putus-putus perhatian dan bimbingan dari kesemua guru-guru.
senang2 lawat lah blog saya di keyboboy.blogspot.com
ReplyDelete