Latihan Industri (LI)...kenapa perlu mengambil kursus LI? kena tulis report harianlah, report penuhlah..banyak kerja sungguh...
Begitulah keluhan di kalangan pelajara yang bakal menjalani LI. Sesungguhnya tiada jalan mudah untuk berjaya. Antara salah satu tujuan LI diwujudkan bagi memenuhi keperluan industri yang memerlukan tenaga kerja yang kompeten dan dinamik yang mampu bersaing dengan graduan dari institusi lain.
LATIHAN INDUSTRI adalah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program-program tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan, program LI diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan. Kursus LI memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan untuk menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya. Kursus ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi-polisi, prosedur dan peraturan-peraturan, perspektif professional dan pelaporan. Kursus ini akan membina semangat dan sikap yang proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjadi pelatih yang cemerlang. (sumber: Garis Panduan Latihan Industri 2013)
Sehubungan dengan itu, satu taklimat bakal diadakan sepertimana butiran berikut:-
PELAJAR JKA/JKE
Tarikh: 8 Julai 2013 (Isnin)
Tempat: Dewan Syarahan Utama
Masa: 4.00-6.00 petang
PELAJAR JP/JTMK/JPH
Tarikh: 8 Julai 2013 (Selasa)
Tempat: Dewan Syarahan Utama
Masa: 4.00-6.00 petang
Kehadiran DIWAJIBKAN, memo pelepasan kuliah seperti di lampiran. Terima kasih
No comments:
Post a Comment