Pertandingan projek pelajar semester akhir Jabatan Kejuruteraan Elektrik
telah didakan pada 11 April 2013 di Ruang Legar JKE, Politeknik Sultan Idris
Shah. Pertandingan ini diadakan berdasarkan kepada objektif berikut:
- Menggalakkan
pelajar menceburkan diri dalam bidang penyelidikan.
- Memberi
ruang kepada pelajar membuat pembentangan hasil penyelidikan
masing-masing.
- Menarik
minat pelajar dalam aktiviti inovasi melalui pameran.
- Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar dan pensyarah
Pameran dan Pertandingan Projek Pelajar Semester akhir ini telah dirasmikan
oleh Pn Nor Faizah Binti Zailani, Ketua Program Diploma Kejuruteraan Elektronik
(Komputer) mewakili Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik.
Penyampaian Cenderahati kepada salah seorang panel penilai |
Seramai empat orang panel penilai daripada pihak industri telah dilantik bagi
menilai projek yang dipertandingkan. Panel-panel ini mempunyai pengalaman yang
luas di dalam industri dan kelayakan di dalam badan-badan profesional. Selain
bertujuan untuk merapatkan hubungan antara politeknik dan industri, ia juga
dapat memberi pendedahan kepada pihak
industri akan kebolehan pelajar-pelajar politeknik. Penglibatan industri
dalam pertandingan ini juga dapat menambahkan pengetahuan pelajar mengenai
teknologi terkini yang digunakan di dalam industri.
Keempat-empat panel tersebut adalah:
1. Ir. Musa bin Misnan
daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), Janamanjung,Perak (Ketua Panel Penilai)
2. Shamsulhadi bin Mohammad Shabani daripada Kapar
Energy Ventures Sdn. Bhd, Kapar, Selnagor.
3. Fadzlie bin Nordin daripada Tenaga Nasional
Berhad (TNB), Janamanjung, Perak.
4. Izan bin Suhaini daripada Puncak Niaga (M)
Sdn. Bhd, Selangor.
Juara bagi kategori Diploma
Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
Juara bagi kategori Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
Juara bagi kategori Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
Depan: En. Fadzlie, En. Shamsulhadi, Ir. Musa, Pn Faizah dan En Mohd Hafiz
Belakang: Barisan pemenang-pemenang mengikut kategori
Kesimpulannya, pertandingan projek pelajar semester akhir amat berkesan
dalam melahirkan insan-insan berinovatif sesuai dengan Misi dan Visi Politeknik
dan Jabatan Pengajian Politeknik. Dengan tercapainya ke empat-empat objektif
yang digariskan menjadikan program ini akan dikembangkan dan dimeriahkan pada
semester hadapan. Kerjasama daripada AJK yang terlibat juga memberangsangkan.
Cadangan pada masa hadapan iailah dengan menjemput lebih ramai penilai dari
industri menilai projek-projek yang berpotensi untuk diketengahkan seterusnya
melayakan untuk permohonan-permohonan geran seperti FRGS atau PRGS.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete