Showing posts with label Akademik. Show all posts
Showing posts with label Akademik. Show all posts

Monday, 21 October 2013

Selamat Menduduik Peperiksaan Akhir Tahun Sesi Jun 2013






KEPADA SEMUA PELAJAR YANG DIKASIHI...

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER. 

DIDOAKAN KEJAYAAN DAN KETENANGAN 
MENGIRINGI KALIAN SEMUA.




Wednesday, 2 October 2013

PMR oh PMR....


APA ITU PMR
PMR (Penilaian Menengah Rendah) merupakan peperiksaan kebangsaan yang ditadbir secara berpusat dengan elemen penilaian kerja kursus di peringkat menengah rendah


SIAPA YANG MENDUDUKI PMR
Peperiksaan penting ini diduduki oleh pelajar di akhir Tahun Tiga Sekolah Menengah (Menengah Rendah) berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

Pelajar yang bakal menduduki PMR ini semestinya telah mengikuti 6 tahun pengajian di sekolah rendah bi dawah Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan 3 tahun pengajian di bawah KBSM.

Manakala pelajar daripada Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina / Tamil) semestinya telah mengikuti program kelas peralihan setahun sebelum menduduki Tingkatan 1.


PMR ini terbuka kepada pelajar tahun 3 bagi semua sekolah bantuan penuh kerajaan dan sekolah menengah persendirian (swasta) yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Juga, peperiksaan ini juga terbuka kepada calon persendirian perseorangan.

Tahun 2013 merupakan tarikh bersejarah, yang mana PMR yang bakal diduduki ini merupakan PMR yang terakhir dalam sejarah pendidikan negara. Selepas ini, satu kurikulum baru Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) bakal diduduki oleh pelajar menengah rendah ini.  

Apa itu PBSMR? Sama-sama kita nantikan kemunculan draf dan initipati penggubalan kurikulum ini kerah mentransformasi sistem pendidikan Malaysia yag lebih ulung dan signifikan.

Saya dengan ini ingin mengucapkan 
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR 
&
 SALAM MAJU JAYA 
kepada calon-calon  PMR yang sedang berjuang kini.


Thursday, 26 September 2013

Bazar Siswa Niaga


Assalamu'alaikum & Salam sejahtera...

         Seperti biasa, julung kalinya sekali lagi  Unit keusahawanan PSIS akan menganjurkan Bazar Siswa Niaga bermula  30 September sehingga 9 Oktober 2013 di ruang legar kafeteria pentadbiran PSIS. Bazar Siswa Niaga ini akan disertai oleh para pelajar yang mengambil Kursus PB201 Entrepreneurship dan FP601 Cyberpreneurship

        Antara objektif program ini adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar akan pengalaman menguruskan perniagaan secara praktikal serta  menerapkan minat pelajar terhadap aktiviti keusahawanan.  Selain itu juga program ini bertujuan memberi ruang kepada para pensyarah kursus untuk membuat penilaian kerja kursus terhadap para pelajar berkaitan Kursus PB201 dan FP601.

Bazar Siswa Niaga ini akan dilaksanakan dalam 3 sesi (8.30 pagi - 4.30 petang) seperti maklumat berikut:-
  • SESI 1 : 30 Sept hingga 1 Okt 2013
  • SESI 2:  2 Okt hingga 3 Okt 2013
  • SESI 3:  8 Okt hingga 9 Okt 2013
      Pelbagai produk akan dijual oleh para pelajar dengan harga yang menarik dan berpatutan. 
Semua warga PSIS dijemput hadir memeriahkan bazar siswa niaga kali ini.

Wednesday, 18 September 2013

UPSR 2013


Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,

Lama betul blog ni tak di update, kekangan masa maklumlah cuti panjang, ambil kesempatan balik kampung. Ni baru nak update balik blog yang hampir bersarang ni..


APA ITU UPSR?

          10-12 September 2013 yang lepas baru sahaja berlangsung peperiksaan penting di negara kita bagi menilai pencapaian kognitif  pelajar di akhir pengajian sekolah rendah secara berpusat seluruh negara yang lebih dikenali sebagai Ujian Penailan Sekolah Rendah (UPSR) berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

         Pelajar-pelajar dinilai untuk lima matapelajaran utama iaitu Bahasa Melayu (BM ~ Pemahaman), Bahasa Melayu (BM ~ Penulisan), Bahasa Inggeris (BI), Sains (Sn) dan Matematik yang mana penilaian untuk kesemua matapelajaran ini menggunakan skala lima mata iaitu:-  

Pencapaian di atas tahap minimum penguasaan

  • A - Sangat Baik
  • B -  Baik     
  • C -  Sederhana                 

Pencapaian di bawah tahap minimum penguasaan
  • D -  Lemah             
  • E - Sangat Lemah              





       Tak kelewatan saya ingin ucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada semua calon yang telah menduduki peperiksaan tersebut baru -baru ini. Semuga kejayaan menjadi milik adik-adik berkat usaha adik-adik sendiri, dorongan tak berbelah bagi dari kedua ibu bapa dan juga tak putus-putus perhatian dan bimbingan dari kesemua guru-guru.

Saturday, 7 September 2013

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

"PPPM adalah demi masa depan anak-anak kita. Ia harus disambut dengan penuh rasa tanggungjawab"


  • 11 Tahun          - Pendidikan wajib bermula pada umur ENAM TAHUN
  • 100%               - Murid CELIK BAHASA MELAYU(BM) dan kuasai kemahiran                                         numerasi   selepas tiga  tahun persekolahan 
  • 61,000             - Guru BI wajib menduduki UJIAN PENEMPATAN CAMBRIDGE
  • 240 Minit         - Waktu subjek BM di SEK. JEN. KEB.
  • 30%                - GRADUAN TERBAIK menyertai profesion perguruan
  • 2016               - Bahasa Inggeris (BI) WAJIB LULUS SPM
  • 2025               - 100% sekolah akan dilengkapi INTERNET BERKELAJUAN 4Mbps                                melalui  1BestariNet
  • Guru Besar      - Pemilihan tidak berpandukan tempoh perkhidmatan tetapi            dan  Pengetua   KECEKAPAN      KEPIMPINAN                                      
  • 40%                - Soalan UPSR berbentuk PEMIKIRAN ARAS TINGGI
  • 50%                - Soalan SPM berbentuk PEMIKIRAN ARAS TINGGI
  • 2015               - Semua sekolah dilengkapi keperluan INFRASTRUKTUR ASAS bermula                        Sabah  dan sarawak  bagi menjamin kualiti pembelajaran sempurna                                                                                                                                                                                                               
PELANCARAN PPPM 2013-2025

          Tanggal 06 Sept. 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah dilancarkan dengan 11 anjakan yang strategik ke arah transformasi sistem pendidikan yang mampa dan pantas untuk memenuhi keperluan abad 21. Transformasi pendidikan bukanlah sekadar menambah kakitangan dan kemudahan malahan menjurus kepada usaha memahami dan menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran (PnP).


Inisiatif yang diperkenalkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) menggariskan perubahan besar yang dihasratkan termasuklah memastikan enrolmen sejagat pada pelbagai peringkat bermula prasekolah sehingga menengah atas dalam tempoh 10 tahun akan datang, selain mengurangkan jurang pencapaian antara golongan kaya dengan golongan miskin samada di kawasan bandar atau luar bandar.



11 ANJAKAN UTAMA MENTRANSFORMSIKAN PENDIDIKAN



  1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
  2. Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  3. Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai
  4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan
  5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan setiap sekolah
  6. Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan
  7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
  8. Mentransformasikan kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian
  9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas
  10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
  11. Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung                                                            





IMPAK TRANSFORMASI KEPADA KITA

          Semua pihak terlibat dan impak besar adalah kepada Murid itu sendiri tanpa mengira latar belakang. Persekitaran pembelajaran yang kondusif dan berasa terangkum dan terdidik dengan pengalaman pembelajaran di sekolah. 

          Seterusnya pihak Guru yang mana guru akan meningkatkan keupayaan masing-masing untuk mencapai keberhasilan murid yang dihasratkan. Keseronokan dan kepuasan dalam menjalankan tugas mereka. 

          Manakala Kepimpinan Sekolah akan cuba bertindak sebagai agen perubahan. Mereka lebih mudah mendapat akses yang lebih besar terhadap latihan kepimpinan bertaraf antarabangsa.

         Akhirnya Ibu Bapa akan menyaksikan penambabaikan yang ketara dan lestari dalam pengalaman pendidikan anak-anak mereka. Ibu bapa akan berasa seperti rakan kongsi sebenar dengan pihak sekolah dalam mmbantu pembelajaran anak-anak mereka.

Friday, 30 August 2013

FIRA KL 2013



Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Malaysia Society of Engineering and Technology (MySET) berjaya melangsungkan Pertandingan yang julung-julung kali diadakan iaitu pertandingan 18th Fira Roboworld Cup and Congress (FIRA) bertempat di Politeknik Premier Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam.


Sejarah 18th FIRA 2013


Pertandingan FIRA telah diadakan setiap tahun sejak 1997 dan Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah kali pertama pada tahun ini dengan PSA sebagai tempat pertandingan berlangsung. 18th FIRA Roboworld Cup & Congress 2013 ini telah diadakan pada 24-29 Ogos 2013 yang lalu dengan penyertaan  dari Singapura, Indonesia, Taiwan, India, China, Korea Selatan, United Kingdom, Mexico, Kanada, Rusia, Jerman dan Malaysia selaku tuan rumah.  

PERASMIAN 18th FIRA 2013

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku perasmi pada 26 Ogos 2013 yang lalu berkata dengan adanya Pertandingan 18th FIRA Roboworld Cup & Congress 2013, acara ini mampu menyemarakkan semangat penyelidikan dan inovasi yang mampu mencetuskan minat masyarakat Malaysia dalam dunia robotik di samping meningkatkan kefahaman serta minat terhadap konsep saintifik dan perkembangan teknologi sedia ada dan baharu.



Muhyiddin berkata "penyertaan dalam FIRA 2013 sememangnya membantu pelajar memperkukuhkan lagi pengalaman pembelajaran  di luar bilik darjah  serta mempelajari tentang dunia kehidupan yang sebenar. Pertandingan seperti ini juga membantu para pelajar meningkatkan kemahiran penting bagi abad 21 iaitu ekmahiran berfikir, menyelesaikan masalah, pembelajaran kendiri serta kemahiran bekerja dalam satu pasukan".




Terdapat tujuh kategori yang dipertandingkan dalam 18th FIRA 2013 iaitu:-
1)  Humanoid Robot World Cup Soccer Tournament (HuroSot)
2) Amire Soccer Tournament (MiroSot)
3) Micro-Robot World Cup Soccet Tournament
4)  Naro Soccer Tournament (NaroSot)
5) Android Soccer Tournament (AndroSot)
6) Robo Soccer Tournament (RoboSot)
7) Simulation Robbot Soccer Tournament (SimuroSot)


KEJAYAAN PSIS

Kejayaan paling manis pada pandangan saya. Iyelah, memenangi pertandingan peringkat dunia, bukan calang-calang pertandingan. TAHNIAH dan SYABAS saya ucapakan kepada team PSIS kerana berjaya merangkumi hadiah tempat ke-3 dan tempat ke-4 dalam kategori Pertandingan Simulation Robbot Soccer Tournament (SimuroSot) & Amire Soccer Tournament (MiroSot).

Hadiah tempat ke-3 dan tempat ke-4 kategori SimuroSot yang disampaikan oleh Ketua Pengarah JPP

Hadiah  tempat ke-4 kategori MiroSot yang disampaikan oleh Ketua Pengarah JPP

Sesi bergambar bersama Pengarah PSIS, En. Sulong bin Yahya


GAMBAR SUASANA KETIKA 18TH FIRA SEDANG BERLANGSUNG


Ketikamana pertandingan sedang berlangsung


Tengah berdiskusi antara pelajar dan pensyarah team PSIS


Ridhwan tengah bertungkus lumus merancang strategi untuk perlawanan seterusnya


Syafiq dan Khairi Husaini tengah merancang sesuatu tu...
Kredit kepada Haikal (jurugambar) - tiada dalam gambar


apa yang sedang diperhatikan tu..keputusan pertandingan kot...



Tengah debug dan testing programming..
Tuan Ketua Pengarah JPP pun turun bagi semangat kepada team yang bertanding

Para peserta bergambar bersama Ketua Pengarah JPP (Dato Mukhlis)


Team PSIS bersama TPSA PSIS (En Zulkifli bin Md Isa)

Team PSIS bergambar kenangan bersama Pengasas Robot Soccer (Kim Jong Hwan)

Bergambar bersama pihak pengurusan PSIS

Team PSIS

Antara robot-robot yang bertanding


Kredit: terima kaseh kepada M.Haikal & En Mohd Farhan di atas kiriman gambar sepanjang program berlangsung.







Thursday, 15 August 2013

Permohonan ke Program Diploma Politeknik Sesi Disember 2013 dibuka sekarang...

 Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,





    Sekali lagi Bahagian kemasukan pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, mempelawa calon SPM / Setaraf, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, Matrikulasi, Sijil Institut Kemahiran PERDA / Institut Pertanian Malaysia untuk memohon dan menyambung pengajian  Program Diploma Politeknik Sesi Disember 2013. Permohonan secara atas talian mula dibuka 2 OGOS 2013 dan akan berakhir pada 1 OKTOBER 2013 (Selasa) jam 12.00 tengahari. 

      Permohonan dibahagikan mengikut kategori calon sepertimana maklumat berikut:-


LULUSAN SPM (UNTUK POLITEKNIK PREMIER)                      
Program ditawarkan
: 35 Program
Tempat
: 3
URL

LULUSAN SPM (UNTUK POLITEKNIK KONVESIONAL &  METRO)                      
Program ditawarkan
: 53 Program
Tempat
: 27
URL

LULUSAN SIJIL POLITEKNIK
Program ditawarkan
: 40 Program
Tempat
: 20
URL

LULUSAN SIJIL KOLEJ KOMUNITI
Program ditawarkan
: 22 Program
Tempat
: 27
URL

LULUSAN SIJIL INSTITUT KEMAHIRAN
Program ditawarkan
: 3 Program
Tempat
: 2
URL


Terima kaseh kerana memilih politeknik sebagai destinasi kecemerlangan anda seterusnya. 
Kejayaan menanti anda...

Thursday, 18 July 2013

Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Politeknik (Sepenuh Masa)

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,



        Merujuk pengumuman oleh Bahagian kemasukan pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia, terdapat 3 program utama yang ditawarkan kepada Lulusan Diploma dan Diploma Lanjutan Politeknik untuk menyambung pengajian ke Program Ijazah Sarjana Muda (sepenuh masa) iaitu:-

1) Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti Dengan Kepujian 
     di Politeknik Sultan Salehuddin Abdul Aziz   Shah (PSA) 
2) Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian 
    di Politeknik Ungko Omar (PUO)
3) Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa
    di Politeknik   Ibrahim Sultan (PIS)


         Antara prosedur penting yang mesti dipatuhi pelajar bagi membolehkan pelajar memohon adalah seperti berikut:- 

1) Mengenalpasti program yang bersesuaian dengan minat dan kelulusan 
2) Pemetaan dan syarat program boleh dilihat pada link DI SINI 
3) Membeli no pin ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan sebanyak RM 10.60 
4) Mengisi borang permohonan secara atas talian pada  KLIK DI SINI
5) Mencetak borang permohonan untuk pengesahan dan rujukan 
6) Penyemakan status permohonan (KLIK DI SINI) mula dibuka pada 02 Ogos 2013 mulai
    jam 12.00  tengahari 




Terima kaseh kerana memilih politeknik sebagai institusi pengajian tinggi anda... 
Kecemerlangan menanti anda...

Friday, 28 June 2013

Selamat Kembali...Semester Jun 2013

          Selamat kembali kepada pelajar senior. Semester baru, niat baru, cita-cita dan target baru.. Kejayaan dan kegagalan semester lepas usah dikenang. Kita buka buku baru untuk kembali berjuang semester baru ini, JUN 2013..


       BETULkan niat belajar, itu yang paling utama. Apabila niat dan tujuan dihalakan kepada yang jalan yang betul, Insha Allah segalanya akan menjadi betul dan dipermudahkan.

       Seperti biasa, anda dikehendaki melapor diri dengan menjelaskan bayaran yuran pengajian yang telah ditetapkan. Seterusnya mendaftar kursus menerusi Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar (SPMP)  yang mana strukutur kursus bolehlah dirujuk seperti di bawah:-



  • Struktur kursus DTK kohort sebelum Jun 2012
  • Struktur kursus DTK kohort selepas Jun 2012
  • Struktur kursus DEP kohort selepas Jun 2012
  • Struktur kursus DEP kohort sebelum Jun 2012
                                                                                                                                                                 SELAMAT MAJU JAYA BUAT SEMUA!
  • Tuesday, 5 March 2013

    Keahlian MYSET (Malaysian Society For Engineering and Technology)

    Apa itu MYSET???
    The competitive world that we live in today demands more innovative ways for developing our human capital, acquiring & sharing of knowledge and technology and harnessing these for industry, business and commerce .

    MySET aims to provide a powerful platform for its members to network and enhance their professionalism and ethical conduct, while nurturing them into leading professionals and captains of the industry.
    Despite laudable efforts by the Malaysian government in encouraging and facilitating R&D, university-industry interaction, provision of venture capitals and tax breaks, remains unable to get to the top rank of world economies. None of our many universities managed to get into the top 100 ranking. Malaysia has yet to be known for its innovations and inventions. Our national economy is still too dependent on regular production and manufacturing and income from commodities.
    Sumber: http://mset.org.my

    Dengan kata lain, MYSET berperanan seperti IEM untuk memperjuangkan serta menghimpunkan lulusan sub profesional dan profesional di dalam bidang kejuruteraan, teknologi kejuruteraan, teknologi maklumat dan sains gunaan demi kepentingan strategik negara pada masa akan datang.

    Sehubungan dengan itu, JKE mengambil inisiatif memohon keahlian dari  Badan Profesional Malaysian Society For Engineering and Technology (MYSET) seramai 691 pelajar. Alhamdulillah, kelulusan telah diperolehi dan tempoh sah keahlian bermula 23 September 2012 hingga tamat pengajian.

    Bersama-sama ini, saya lampirkan senarai nama pelajar beserta nombor keahlian mereka untuk dimaklumkan kepada pelajar berkenaan. Pelajar boleh mendapatkan maklumat terkini melalui laman sesawang MYSET.



    Bagaimana untuk memohon keahlian MYSET

    MySET Secretariats
    Malaysian Society for Engineering & Technology (2421-07-WKL).
    Level 2 Block A Faculty of Engineering.
    Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor,
    MALAYSIA.
    Tel: +603 8946 6451
    Fax: +603 8946 6481
    http://www.mset.org.my
    info@mset.org.my  / enquiry@mset.org.m

    Playlist

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...