Showing posts with label EE601. Show all posts
Showing posts with label EE601. Show all posts

Thursday, 18 April 2013

Course Information Information EE601

Apa itu EE601???

EE601 merupakan  kursus Projek II yang ditawarkan kepada pelajar JKE semester 6 (akhir) dan ia merupakan kursus wajib diambil dan prasyarat sebelum seseorang pelajar grad.

Kursus ini ada kesinambungan kursus EE501 (Projek I) yang menilai penguasaan prinsip, kemahiran asas dan aplikasi pengetahuan merangkumi tahap kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Melalui kursus ini, kemahiran generik dapat diterapkan secara tak langsung kepada pelajar supaya mereka memiliki kesediaan yang bersesuaian dengan kehendak pasaran kerja.

Tak kenal maka tak cinta, maka saya sertakan dahulu Course Information Outline sebagai panduan awal kepada pelajar semua sebelum memulakan perjalanan satu sem bersama kursus ini..






Pelajar boleh memuat turun Course Information Outline pada link CIO EE601

Enjoy it !!!

Wednesday, 17 April 2013

Program JKE : Pameran & Pertandingan Projek


Pertandingan projek pelajar semester akhir Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah didakan pada 11 April 2013 di Ruang Legar JKE, Politeknik Sultan Idris Shah. Pertandingan ini diadakan berdasarkan kepada objektif berikut:

  1. Menggalakkan pelajar menceburkan diri dalam bidang penyelidikan.
  2. Memberi ruang kepada pelajar membuat pembentangan hasil penyelidikan masing-masing.
  3. Menarik minat pelajar dalam aktiviti inovasi melalui pameran.
  4. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar dan pensyarah

Pameran dan Pertandingan Projek Pelajar Semester akhir ini telah dirasmikan oleh Pn Nor Faizah Binti Zailani, Ketua Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) mewakili Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik.

Penyampaian Cenderahati kepada salah seorang panel penilai

Seramai empat orang panel penilai daripada pihak industri telah dilantik bagi menilai projek yang dipertandingkan. Panel-panel ini mempunyai pengalaman yang luas di dalam industri dan kelayakan di dalam badan-badan profesional. Selain bertujuan untuk merapatkan hubungan antara politeknik dan industri, ia juga dapat memberi pendedahan kepada pihak  industri akan kebolehan pelajar-pelajar politeknik. Penglibatan industri dalam pertandingan ini juga dapat menambahkan pengetahuan pelajar mengenai teknologi terkini yang digunakan di dalam industri.

Keempat-empat panel tersebut adalah:
1. Ir. Musa bin Misnan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), Janamanjung,Perak (Ketua Panel Penilai)
2.  Shamsulhadi bin Mohammad Shabani daripada Kapar Energy Ventures Sdn. Bhd, Kapar, Selnagor.
3.  Fadzlie bin Nordin daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), Janamanjung, Perak.
4.  Izan bin Suhaini daripada Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd, Selangor.



Juara bagi kategori Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)



Juara bagi kategori Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)


               Juara bagi kategori Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)

Depan:  En. Fadzlie, En.  Shamsulhadi, Ir.  Musa, Pn Faizah dan En Mohd Hafiz
Belakang: Barisan pemenang-pemenang mengikut kategori


Kesimpulannya, pertandingan projek pelajar semester akhir amat berkesan dalam melahirkan insan-insan berinovatif sesuai dengan Misi dan Visi Politeknik dan Jabatan Pengajian Politeknik. Dengan tercapainya ke empat-empat objektif yang digariskan menjadikan program ini akan dikembangkan dan dimeriahkan pada semester hadapan. Kerjasama daripada AJK yang terlibat juga memberangsangkan. Cadangan pada masa hadapan iailah dengan menjemput lebih ramai penilai dari industri menilai projek-projek yang berpotensi untuk diketengahkan seterusnya melayakan untuk permohonan-permohonan geran seperti FRGS atau PRGS.

Playlist

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...