Showing posts with label 1L5G. Show all posts
Showing posts with label 1L5G. Show all posts

Sunday, 20 April 2014

Kebolehpasaran Pelajar Politeknik

Sebanyak 76 peratus graduan politeknik di seluruh negara mendapat pekerjaan setiap tahun, sekali gus membuktikan kebolehpasaran graduan institusi berkenaan.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Datuk Mohlis Jaafar, berkata kajian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu turut menunjukkan sehingga 24 peratus graduan politeknik menyambung pengajian di universiti tempatan.

“JPP menyasarkan peningkatan kadar kebolehpasaran siswazah politeknik di seluruh negara mencecah 85 peratus menjelang 2015 dan ia mampu dicapai berdasarkan statistik semasa serta selari dengan pelaksanaan program transformasi politeknik yang dijalankan,” katanya.



Justeru, katanya, pengajian politeknik perlu berubah secara transformasi iaitu pada kadar dan kepesatan seiring dengan perubahan ekonomi dan global, khususnya dalam membekalkan tenaga kerja mahir mencukupi keperluan negara.

“Bagi memenuhi permintaan pasaran kerja dalam bidang berkenaan menjelang 2020, JPP mensasarkan kira-kira 400,000 graduan teknikal dapat dilahirkan.

“Ketika ini, menerusi 32 politeknik di seluruh negara, kira-kira 35,000 lulusan graduan teknikal dilahirkan dalam pelbagai bidang setiap tahun,” katanya.

Sehingga kini, lebih 200,000 graduan teknikal berjaya dilahirkan melalui politeknik yang menyumbang 55 peratus daripada graduan teknikal lepasan institusi latihan teknikal di seluruh negara. 


Tuesday, 22 January 2013

1L 5G (2): Kohort-5 Lulusan Jun 2012

Bertemu lagi.... Untuk tahun 2013 ini, saya telah diamanahkan sebagai Pensyarah 1L5G untuk tiga (3) orang pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka. Pelajar tersebut adalah:-

1) MOHD HASSIF KHAN BIN ABD JALIL (17DTK09F2031)
2) MOHD FARIDZUL IKWAN BIN MOHD NOR JAFRI (17DTK09F2033)
3) ABDUSSOMAD BIN RUDDIN  (17DTK09F2034)

Surat Lantikan 1L5G: Kohort -5 Lulusan Jun 2012
Sehubungan dengan itu, saya memohon kerjasama ketiga-tiga pelajar berkenaan supaya sentiasa mengemaskini status semasa. Pelajar dikehendaki mengemaskini sebanyak tiga (3) kali iaitu pada Januari, Mac dan Jun 2013 dan berbuat demikian di laman web www.1L5G.com.

Disertakan flowchart untuk rujukan pelajar.

                     Flowchart 1L5G (Graduan)




Sebarang permasalahan bolehlah berhubung dengan saya. Terima kaseh di atas kerjasama semua.







1L5G (1): Apa itu Program 1L5G???

PROGRAM 1L5G 
(1 LECTURER FOR 5 GRADUATED STUDENT)


Merupakan salah satu dari program kebolehpasaran bagi mencapai sasaran peratusan kebolehpasaran 80 % (polyE80) graduan POLITEKNIK MALAYSIA. Setiap graduan akan diselia oleh seorang pensyarah mentor untuk mengetahui status semasa graduan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tamat pengajian di Politeknik.

Semua graduan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada pensyarah mentor berkenaan status semasa graduan pada setiap akhir bulan seperti berikut:-

i)     Bekerja
ii)    Belum bekerja
iii)    Menunggu Penempatan (seperti pelajar tajaan)
iv)    Usahawan
v)     Lanjut Pengajian

Kerjasama daripada semua graduan amatlah diperlukan dalam usaha untuk meninggikan lagi status Politeknik disamping membantu para graduan mendapatkan info dan maklumat berkaitan peluang-peluang pekerjaan yang ditawarkan dari semasa ke semasa.

Berikut disertakan Laporan 1L5G bagi Kohort-2 Lulusan Jun 2011 






Playlist

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...