"Hingga apabila mereka sampai di
lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam
sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya,
sedangkan mereka tidak menyedari";
"Maka dia (Nabi
Sulaiman) tersenyum dengan tertawa karena (mendengar) perkataan semut
itu. Dan dia berdo'a: "Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap
mensyukuri ni'mat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua
orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai;
dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang
soleh"
Cerita Semut
Cerita Semut
Semut
merupakan sejenis serangga kecil yang hidup di dalam tanah, di hutan, di celah
lubang dinding rumah dan ada juga di dalam balang gula di rumah. Pelbagai jenis
spesis semut telah ditemui dan jarang ditemui sama ada di hutan, di
rumah atau di bandar. Antara semut yang biasa ditemui ialah semut kerengga,
semut merah /api (atau di kenali sebagai semut gatal), semut hitam, semut kecil
dan pelbagai lagi jenis semut . Semut biasanya hidup dalam komuniti @ masyarakat
yang besar dan hidup dalam keadaan bekerjasama antara satu sama lain.
Semut amatlah rajin bekerja dan sanggup berjalan 'berjuta-juta batu' @ berpindah
untuk mencari makanan dan akan membina populasi baru di tempat yang banyak
makanan. Tahukah anda semut tidak akan tersesat mencari rumah mereka (semut)
sendiri kerana semut akan membina jaringan jalan mereka sendiri dan akan
berlaga serta ‘bersalam’ melalui sesunggut bila berjumpa sesama semut.
Semut mempunyai deria bau yang sensitif terhadap makanan seperti gula, manisan
atau makanan di dapur serta di meja makan. Semut dengan gula sukar untuk
dipisahkan ibarat pepatah yang biasa didengar 'mati semut kerana gula'.
Mereka (semut) akan ‘hurung’ / himpun beramai-ramai bersama gula @ makanan dan
membawa balik makanan ke sarang mereka. Ajaibnya, semut boleh mengangkat
cebisan makanan sekali ganda dari berat badan mereka dan berjalan membawa
makanan ke sarang mereka. SubhanaAllah Maha Suci Allah.
Semut Kerengga
Semut
kerengga biasanya lebih suka tinggal di atas pokok buah-buahan ,contohnya
pokok rambutan ,pokok mempelam dan lain-lain lagi. Kerengga akan membina
‘rumah’ @ sarang mereka menggunakan daun di pokok yang di
cantum-cantumkan. Kerengga akan menggigit manusia jika ‘rumah’ mereka
dicerobohi @ diganggu–gugat oleh manusia yang ingin mengambil buah atau
mencantas pokok. Kerengga secara ‘individu’ @ berkumpulan akan mengigit
/mengetit manusia dengan cepat tanpa berfikir panjang kerana mereka akan
mempertahankan ‘sarang’ mereka daripada dicerobohi.
Kerengga mempunyai ketua mereka sendiri yang dikenali sebagai ‘Ratu’ atau raja semut yang bersaiz agak besar sedikit berbanding saiz semut kerengga lain. Ratu kerengga akan memastikan kerengga lain selamat dan akan meningkatkan lebih banyak populasi kerengga.
Kerengga mempunyai ketua mereka sendiri yang dikenali sebagai ‘Ratu’ atau raja semut yang bersaiz agak besar sedikit berbanding saiz semut kerengga lain. Ratu kerengga akan memastikan kerengga lain selamat dan akan meningkatkan lebih banyak populasi kerengga.
Semut Hitam
Semut
hitam adalah jenis semut yang berjalan laju dan banyak di dapati di rumah @
iaitu di tempat lembap contohnya di bawah tikar getah yang lembap. Semut ini
selalunya senang ditemui kerana ‘mereka’ membiak dengan banyak di sesuatu
tempat. Semut jenis ini jarang mengigit manusia kerana mereka akan melarikan
diri jika diri mereka terancam.
Semut
merah/semut api atau dikenali juga dengan nama 'semut gatal’ adalah sejenis
semut yang amat agresif dan suka menggigit/mengetit kulit manusia jika mereka
diganggu atau sarang mereka di ceroboh oleh sesiapa jua. Kulit manusia yang digigit semut api akan mengalami kegatalan kulit untuk tempoh yang
singkat.
Kesimpulan
Contohilah sikap semut yang suka
bekerjasama dalam hidup bermasyarakat dan rajin bekerja dan tidak kenal putus
asa. Semut akan mempertahankan ‘rumah’ mereka daripada dicerobohi atau diganggu
gugat oleh sesiapa saja. AllahuAkhbar!
No comments:
Post a Comment