Monday, 1 July 2013

Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh...

       Tanggal 6 Jun 2013 yang lepas, negara kita telah digegarkan lagi dengan siri kejadian runtuh yang tak sudah-sudah. Kali ini melibatkan runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang (Pakej 3A: Batu Maung Interchange) yang  kini dalam fasa penyambungan dari bahagian Pulau (Batu Maung) dengan Tanah Besar (Batu Kawan) sejauh 24KM melibatkan syarikat China Harbour Engineering Co Ltd  dengan kerjasama UEM Construction Sdn Bhd.  Manakala rekabentuk jambatan kedua ini dibuat oleh Malaysian Highway Authority dan UEM Builders (United Engineer Malaysia Berhad).  

           Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang ini dilaksanakan sepenuhnya Syarikat Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Untuk fasa pembinaan Pakej 3A: Batu Maung Interchange, JKSB telah melantik kontraktor tempatan, Cergas Murni Sdn Bhd.





          Empat orang dipercayai terbunuh apabila sebahagian daripada Jambatan Kedua Pulau Pinang  runtuh menghempap kenderaan mereka lebih kurang pukul 7.00 malam. Penyiasatan awal menunjukkan keempat-empat orang di dalam kenderaan dipercayai terbunuh serta merta. Bahagian runtuh merupakan sebahagian daripada jejambat yang menghubungkan lebuh raya ke jambatan di antara dua rusuk konkrit.


           Berdasarkan gambar dari portal Malaysiakini, nampak bahagian yang runtuh adalah struktur scaffolding, maksudnya runtuh masa kerja pembinaan sedang dijalankan, dan bukannya semasa struktur itu siap sepenuhnya. Kemalangan berlaku semasa  work in progress  berdasarkan struktur scaffolding  yang turut runtuh. Berdasarkan pemerhatian dari gambar, penulis berpendapat ia adalah kecuaian dalam pembinaan struktur-struktur sokongan. Struktur-struktur sokongan ini adalah struktur-struktur sementara yang menjadi support  bagi struktur kekal yang sedang dibina. Ini hanyalah pendapat penulis semata-mata.




         Bagi mereka yang biasa terlibat dalam industri minyak dan gas, memang banyak kemalangan-kemalangan berkaitan  human error  tak dilaporkan  pada orang awam (scaffolding runtuh, oil leakage, platform terbakar, tug boat tenggelam dan sebagainya). Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah sesuatu yang besar, hal-hal berkenaan pembekalan bahan dan sebagainya memang melalui proses-proses yang teliti. Perlu ada sijil-sijil  dan pengiktirafan badan-badan berkenaan. Kalau pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang ini kurang kualitinya, mengapa sekarang baru ada struktur yang runtuh? Manakala struktur yang ada di tengah-tengah laut masih pula teguh?

       Aapa-apa pun, kita nantikan hasil siasatan DOSH, JKSB dan Syarikat Cergas Murni sendiri yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi. Berikut kenyataan media oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia berkenaan kes runtuhan Projek Jambatan Pulau Pinang Kedua. 

Pesan saya, kepada pelajar yang bakal dan sedang mengambil kursus Occupational Safety and Health (OSHA) AW101, kes runtuhan ini boleh dijadikan sebagai rujukan dan juga sebagai case study untuk penilaian berterusan AW101. 

SELAMAT MAJU JAYA!

No comments:

Post a Comment

Playlist

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...