Wednesday, 18 September 2013

UPSR 2013


Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,

Lama betul blog ni tak di update, kekangan masa maklumlah cuti panjang, ambil kesempatan balik kampung. Ni baru nak update balik blog yang hampir bersarang ni..


APA ITU UPSR?

          10-12 September 2013 yang lepas baru sahaja berlangsung peperiksaan penting di negara kita bagi menilai pencapaian kognitif  pelajar di akhir pengajian sekolah rendah secara berpusat seluruh negara yang lebih dikenali sebagai Ujian Penailan Sekolah Rendah (UPSR) berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

         Pelajar-pelajar dinilai untuk lima matapelajaran utama iaitu Bahasa Melayu (BM ~ Pemahaman), Bahasa Melayu (BM ~ Penulisan), Bahasa Inggeris (BI), Sains (Sn) dan Matematik yang mana penilaian untuk kesemua matapelajaran ini menggunakan skala lima mata iaitu:-  

Pencapaian di atas tahap minimum penguasaan

  • A - Sangat Baik
  • B -  Baik     
  • C -  Sederhana                 

Pencapaian di bawah tahap minimum penguasaan
  • D -  Lemah             
  • E - Sangat Lemah              





       Tak kelewatan saya ingin ucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada semua calon yang telah menduduki peperiksaan tersebut baru -baru ini. Semuga kejayaan menjadi milik adik-adik berkat usaha adik-adik sendiri, dorongan tak berbelah bagi dari kedua ibu bapa dan juga tak putus-putus perhatian dan bimbingan dari kesemua guru-guru.

Monday, 9 September 2013

PAMERAN "1001 INVENTIONS - KEGEMILANGAN TAMADUN MUSLIM"



       Inisiatif yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi menggalakkan produk perlancongan salah satu darinya menerusi penganjuran Pameran 1001 Inventions: Kegemilangan Tamadun Islam bagi meningkatkan kedatangan pelancong ke negara kita.

Antara butiran pameran tersebut ialah:-

  • Nama Program:  Pameran 1001 Inventions : Kegemilangan Tamadun Islam
  • Tarikh              : Ogos 2013 - Februari 2014
  • Tempat            :  Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur
  • Masa               : 9am - 5pm
  • Bayaran           : RM 20 (Dewasa)    ;    RM15 (Kanak-kanak)

         Pameran yang antara objektifnya menonjolkan pencapaian tamadun Islam telah diadakan di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur.  Seperti sedia maklum, Malaysia merupakan salah satu negara Islam yang progresif dan menuju negara maju, lantaran itulah dengan penganjuran program ini merupakan satu satu cara untuk memperkenalkan negara ke mata dunia.

         Melalui pameran ini secara tidak langsung dapat membantu negara memperkukuhkan lagi kedudukan kita sebagai destinasi pilihan utama dan holistik kepada  pelancong Islam yang dianjurkan oleh1001 Inventions UK Ltd dengan kerjasama Science Discoveries dan Kementerian Pelancongan.


          Terdapat pelbagai jenis pameran yang dipamerkan termasuklah pameran berbentuk interaktif yang menunjukkan bagaimana ciptaan  moden hari ini merangkumi bidang kejuruteraan, perubatan dan reka bentuk yang ada  kaitan dengan tamadun Islam. Pada masa yang sama, ia merupakan salah satu bentuk pendidikan untuk mempromosikan kesedaran mengenai pencapaian saintifik dan kebudayaan tamaduan Islam pada awal kurun ke tujuh dan tahun berikutnya.

JOM KITA SAMA-SAMA TEROKAINYA....



sumber: http://www.1001inventions.com.my

Saturday, 7 September 2013

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

"PPPM adalah demi masa depan anak-anak kita. Ia harus disambut dengan penuh rasa tanggungjawab"


  • 11 Tahun          - Pendidikan wajib bermula pada umur ENAM TAHUN
  • 100%               - Murid CELIK BAHASA MELAYU(BM) dan kuasai kemahiran                                         numerasi   selepas tiga  tahun persekolahan 
  • 61,000             - Guru BI wajib menduduki UJIAN PENEMPATAN CAMBRIDGE
  • 240 Minit         - Waktu subjek BM di SEK. JEN. KEB.
  • 30%                - GRADUAN TERBAIK menyertai profesion perguruan
  • 2016               - Bahasa Inggeris (BI) WAJIB LULUS SPM
  • 2025               - 100% sekolah akan dilengkapi INTERNET BERKELAJUAN 4Mbps                                melalui  1BestariNet
  • Guru Besar      - Pemilihan tidak berpandukan tempoh perkhidmatan tetapi            dan  Pengetua   KECEKAPAN      KEPIMPINAN                                      
  • 40%                - Soalan UPSR berbentuk PEMIKIRAN ARAS TINGGI
  • 50%                - Soalan SPM berbentuk PEMIKIRAN ARAS TINGGI
  • 2015               - Semua sekolah dilengkapi keperluan INFRASTRUKTUR ASAS bermula                        Sabah  dan sarawak  bagi menjamin kualiti pembelajaran sempurna                                                                                                                                                                                                               
PELANCARAN PPPM 2013-2025

          Tanggal 06 Sept. 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah dilancarkan dengan 11 anjakan yang strategik ke arah transformasi sistem pendidikan yang mampa dan pantas untuk memenuhi keperluan abad 21. Transformasi pendidikan bukanlah sekadar menambah kakitangan dan kemudahan malahan menjurus kepada usaha memahami dan menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran (PnP).


Inisiatif yang diperkenalkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) menggariskan perubahan besar yang dihasratkan termasuklah memastikan enrolmen sejagat pada pelbagai peringkat bermula prasekolah sehingga menengah atas dalam tempoh 10 tahun akan datang, selain mengurangkan jurang pencapaian antara golongan kaya dengan golongan miskin samada di kawasan bandar atau luar bandar.



11 ANJAKAN UTAMA MENTRANSFORMSIKAN PENDIDIKAN



  1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
  2. Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  3. Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai
  4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan
  5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan setiap sekolah
  6. Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan
  7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
  8. Mentransformasikan kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian
  9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas
  10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
  11. Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung                                                            





IMPAK TRANSFORMASI KEPADA KITA

          Semua pihak terlibat dan impak besar adalah kepada Murid itu sendiri tanpa mengira latar belakang. Persekitaran pembelajaran yang kondusif dan berasa terangkum dan terdidik dengan pengalaman pembelajaran di sekolah. 

          Seterusnya pihak Guru yang mana guru akan meningkatkan keupayaan masing-masing untuk mencapai keberhasilan murid yang dihasratkan. Keseronokan dan kepuasan dalam menjalankan tugas mereka. 

          Manakala Kepimpinan Sekolah akan cuba bertindak sebagai agen perubahan. Mereka lebih mudah mendapat akses yang lebih besar terhadap latihan kepimpinan bertaraf antarabangsa.

         Akhirnya Ibu Bapa akan menyaksikan penambabaikan yang ketara dan lestari dalam pengalaman pendidikan anak-anak mereka. Ibu bapa akan berasa seperti rakan kongsi sebenar dengan pihak sekolah dalam mmbantu pembelajaran anak-anak mereka.

Friday, 6 September 2013

Tanpa Ibu Bapa Siapalah Kita???



     " Dan Tuhanmu teleh memerintahkan supaya kamu tidak menyembah melainkan kepadaNya  sahaja dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa. Sekiranya salahs eorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali (ibu bapa) sampai umur tua  dalam jagaan  dan peliharaan kamu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah" dan janganlah kamu menengkin (dan) menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka dengan  perkataan  yang mulia  (bersopan santun). "

GANJARAN BESAR

      Berbakti kepada ibu bapa akan menyebabkan seseorang mendapat kelebihan yang melimpah-ruah dalam hidupnya. Apakah kelebihan yang bakal diperolehi. Antaranya:-  


1.  AKAN DICINTAI ALLAH                                                   
 Berbakti kepada Ibu Bapa merupakan amalan yang disukai oleh Allah. Ini berdasarkan kepada sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, yang menceritakan dialog antara Abdul Rahman Abdillah bin Mas'ud dengan Baginda SAW.    

Beliau bertanya kepada Baginda SAW sebanyak tiga kali mengenai amalan yang paling dicintai di sisi Allah. Lalu Baginda menjawab dengan tiga jawapan yang berbeza.                                                                                                                                                                             
Sabda Baginda, "Amalan yang paling dicintai Allah ialah solat tepat pada waktumya, berbakti kepada ibu bapa dan berjihad pada jalan Allah."                                                                                                                                                

2. DOA YANG MUSTAJAB       
Doa ibu bapa merupakan doa yang mustajab untuk anaknya.    
Ini disebutkan oleh Baginda yang bermaksud: "Tiga doa yang tidak akan ditolak, doa orang tua, doa orang yang berpuasa dan doa seorang musafir.                                                                                                                            
                                                                                                                       
3. GANJARAN SYURGA                                                                                                                        Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, pernah Baginda mngucapkan perkataan sungguh      kasihan sebanyak tiga kali. Seorang sahabat bertanya: " Siapa yang dikasihani itu, Ya Rasulullah?"       

Lalu baginda menjawab: " Mereka yang sempat berjumpa dengan orang tuanya yang sudah tua sama ada kedua-duanya atau salah seorang daripada keduanya, namun tidak dapat membuatkannya masuk syurga"                          

Sumber: Majalah Gen-Q

Friday, 30 August 2013

FIRA KL 2013



Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Malaysia Society of Engineering and Technology (MySET) berjaya melangsungkan Pertandingan yang julung-julung kali diadakan iaitu pertandingan 18th Fira Roboworld Cup and Congress (FIRA) bertempat di Politeknik Premier Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam.


Sejarah 18th FIRA 2013


Pertandingan FIRA telah diadakan setiap tahun sejak 1997 dan Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah kali pertama pada tahun ini dengan PSA sebagai tempat pertandingan berlangsung. 18th FIRA Roboworld Cup & Congress 2013 ini telah diadakan pada 24-29 Ogos 2013 yang lalu dengan penyertaan  dari Singapura, Indonesia, Taiwan, India, China, Korea Selatan, United Kingdom, Mexico, Kanada, Rusia, Jerman dan Malaysia selaku tuan rumah.  

PERASMIAN 18th FIRA 2013

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku perasmi pada 26 Ogos 2013 yang lalu berkata dengan adanya Pertandingan 18th FIRA Roboworld Cup & Congress 2013, acara ini mampu menyemarakkan semangat penyelidikan dan inovasi yang mampu mencetuskan minat masyarakat Malaysia dalam dunia robotik di samping meningkatkan kefahaman serta minat terhadap konsep saintifik dan perkembangan teknologi sedia ada dan baharu.



Muhyiddin berkata "penyertaan dalam FIRA 2013 sememangnya membantu pelajar memperkukuhkan lagi pengalaman pembelajaran  di luar bilik darjah  serta mempelajari tentang dunia kehidupan yang sebenar. Pertandingan seperti ini juga membantu para pelajar meningkatkan kemahiran penting bagi abad 21 iaitu ekmahiran berfikir, menyelesaikan masalah, pembelajaran kendiri serta kemahiran bekerja dalam satu pasukan".




Terdapat tujuh kategori yang dipertandingkan dalam 18th FIRA 2013 iaitu:-
1)  Humanoid Robot World Cup Soccer Tournament (HuroSot)
2) Amire Soccer Tournament (MiroSot)
3) Micro-Robot World Cup Soccet Tournament
4)  Naro Soccer Tournament (NaroSot)
5) Android Soccer Tournament (AndroSot)
6) Robo Soccer Tournament (RoboSot)
7) Simulation Robbot Soccer Tournament (SimuroSot)


KEJAYAAN PSIS

Kejayaan paling manis pada pandangan saya. Iyelah, memenangi pertandingan peringkat dunia, bukan calang-calang pertandingan. TAHNIAH dan SYABAS saya ucapakan kepada team PSIS kerana berjaya merangkumi hadiah tempat ke-3 dan tempat ke-4 dalam kategori Pertandingan Simulation Robbot Soccer Tournament (SimuroSot) & Amire Soccer Tournament (MiroSot).

Hadiah tempat ke-3 dan tempat ke-4 kategori SimuroSot yang disampaikan oleh Ketua Pengarah JPP

Hadiah  tempat ke-4 kategori MiroSot yang disampaikan oleh Ketua Pengarah JPP

Sesi bergambar bersama Pengarah PSIS, En. Sulong bin Yahya


GAMBAR SUASANA KETIKA 18TH FIRA SEDANG BERLANGSUNG


Ketikamana pertandingan sedang berlangsung


Tengah berdiskusi antara pelajar dan pensyarah team PSIS


Ridhwan tengah bertungkus lumus merancang strategi untuk perlawanan seterusnya


Syafiq dan Khairi Husaini tengah merancang sesuatu tu...
Kredit kepada Haikal (jurugambar) - tiada dalam gambar


apa yang sedang diperhatikan tu..keputusan pertandingan kot...



Tengah debug dan testing programming..
Tuan Ketua Pengarah JPP pun turun bagi semangat kepada team yang bertanding

Para peserta bergambar bersama Ketua Pengarah JPP (Dato Mukhlis)


Team PSIS bersama TPSA PSIS (En Zulkifli bin Md Isa)

Team PSIS bergambar kenangan bersama Pengasas Robot Soccer (Kim Jong Hwan)

Bergambar bersama pihak pengurusan PSIS

Team PSIS

Antara robot-robot yang bertanding


Kredit: terima kaseh kepada M.Haikal & En Mohd Farhan di atas kiriman gambar sepanjang program berlangsung.







Friday, 16 August 2013

Karnival Debat dan Pidato Bahasa Melayu Politeknik Malaysia

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,

      Hampir 8 hari Syawal sudah meninggalkan kita. Masing-masing sudah mula sibuk masuk kerja / memulakan kembali pengajian masing-masing. Mudahan dengan kemeriahan Syawal yang disambut tidak membuatkan kita lupa akan tanggungjawab kita.

Kerja...Tugasan...Ujian...Laporan...menanti kita semua selepas ini.. Jom kita sama-sama mewujudkan kembali  'mood' dan suasana seronok bekerja / belajar walaupun masih di dalam suasana Syawal.  Peringatan untuk diri saya juga.

Lari dari tajuk sikit...

PIDATO???  DEBAT???

        Saudara-saudari sudah pasti pernah dengar atau mengalami sendiri debat mahupun pidato samada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahupun di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Bila kita perhatikan, sampai ke peringkat yang lebih luas, debat sebenarnya menjadi amalan  calon politik yang bakal bertanding  menyampaikan hujah dan ideologi parti mereka. Di negara kita yang aman damai sejahtera ini, amalan debat ini masih belum meluas lagi akan tetapi di negara luar sana, debat ini mampu melahirkan sesorang yang berani dan mampu melontarkan idea bernas akan sesuatu perkara.

         Takpelah, itu antara manifestasi debar dan pidota.  Berbalik kepada apa yang saya ingin kongsikan, Jabatan Pengajian Politeknik  berbesar hati menganjurkan       PERTANDINGAN DEBAT DAN PIDATO BAHASA MELAYU POLITEKNIK MALAYSIA SIRKIT 2/2013. Karnival dirancang akan berlangsung sepertimana butiran berikut:-


  • Nama Karnival: Karnival Debat dan Pidato Bahasa Melayu Politeknik Malaysia     
  • Tempat                : Politeknik Melaka, Melaka
  • Tarikh                  : 27-30 September 2013



              Pelajar perlu diberi ruang dan sudut tertentu untuk mengemukakan idea masing-masing kerana pengalaman berhujah dapat membantu menjawab apa juga isu muncul dalam masyarakat. Kesempatan ini, saya ingin menjemput pelajar yang mendaftar sebagai pelajar sepenuh masa di Politeknik seluruh Malaysia menyertai karnival tersebut. Saya yakin, InsyaAllah pelbagai manfaat bakal anda perolehi antaranya sebagai medium  untuk berdiskusi dan menyampaikan hujah serta idea bernas dalam menyelesaikan sesuatu isu. 
Latihan dan pengalaman untuk berhujah dan membalas kembali hujah pihak lawan  akan menjadikan anda  lebih berkeyakinan, berwibawa dan mampu mengemukakan idea.  

         Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai karnival etrsebut, bolehlah berhubung secara terus dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) Politeknik masing-masing untuk mengisi borang jawapan pengesahan penyertaan dan mendapat perincian undang-undang pertandingan.

    Di sini saya coretkan sedikit maklumat am pertandingan:-
  • Setiap politeknik boleh menghantar SATU pasukan debat sahaja yang terdiri daripada 4 orang peserta ( 3 pendebat utama dan 1 pendebat simpanan) serta 1 orang peserta pidato.
  • 2 orang pendebat adalah DIWAJIBKAN daripada kalangan pelajar semester 1 sehingga semester 4.
  • Peserta pertandingan mestilah terdiri daripada pelajar Politeknik Malaysia dan sedang mengikuti program secara sepenuh masa.
  • Setiap politeknik hendaklah mencadangkan 2 tajuk debat dan 2 tajuk pidato kepada urusetia.
  • Cadangan tajuk pendebatan dan pidato adalah bebas tanpa meyentuh isu keagamaan dan sensitiviti kaum lain.                                                                                                     





SELAMAT MAJU JAYA SAYA UCAPAKAN!!!


Thursday, 15 August 2013

Permohonan ke Program Diploma Politeknik Sesi Disember 2013 dibuka sekarang...

 Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,





    Sekali lagi Bahagian kemasukan pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, mempelawa calon SPM / Setaraf, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, Matrikulasi, Sijil Institut Kemahiran PERDA / Institut Pertanian Malaysia untuk memohon dan menyambung pengajian  Program Diploma Politeknik Sesi Disember 2013. Permohonan secara atas talian mula dibuka 2 OGOS 2013 dan akan berakhir pada 1 OKTOBER 2013 (Selasa) jam 12.00 tengahari. 

      Permohonan dibahagikan mengikut kategori calon sepertimana maklumat berikut:-


LULUSAN SPM (UNTUK POLITEKNIK PREMIER)                      
Program ditawarkan
: 35 Program
Tempat
: 3
URL

LULUSAN SPM (UNTUK POLITEKNIK KONVESIONAL &  METRO)                      
Program ditawarkan
: 53 Program
Tempat
: 27
URL

LULUSAN SIJIL POLITEKNIK
Program ditawarkan
: 40 Program
Tempat
: 20
URL

LULUSAN SIJIL KOLEJ KOMUNITI
Program ditawarkan
: 22 Program
Tempat
: 27
URL

LULUSAN SIJIL INSTITUT KEMAHIRAN
Program ditawarkan
: 3 Program
Tempat
: 2
URL


Terima kaseh kerana memilih politeknik sebagai destinasi kecemerlangan anda seterusnya. 
Kejayaan menanti anda...

Playlist

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...