Thursday, 18 April 2013

Nota Penyataan Masalah Projek...

Bab  1 Projek ialah Introduction (Pengenalan) yang membincangkan perihal dan info berkaitan projek yang bakal kita jalankan.

Antara subtopik untuk bab 1 tersebut adalah:-
 
    1.1  Pengenalan (Introduction)
    1.2  Sinopsis (Synopsis
    1.3  Penyataan  Masalah (Problem Statement
    1.4  Objektif (Objectives)
    1.5  Hasil Dapatan (Expexted Outcome)
    1.6  Skop (Scope)

Problem Statement menerangkan berkaitan permasalahan- permasalahan yang timbul yang mana pelajar jangkakan dengan wujudnya/adanya projek ini dapat  menyelesaikan masalah  tersebut. Contohnya, peningkatan kos elektrik  di rumah/premis kerajaan/asrama dari sehari ke sehari disebabkan pembaziran. (Situasi). Penyataan masalah yang dapat dibuat melalui situasi ini ialah masalah anak/pekerja/pelajar yang tidak/malas menutup punca elektrik yang menyebabkan peningkatan kos elektrik (sikap).

Di sini, saya ingin kongsikan sedikit panduan berkenaan  Penyataan Masalah  (Problem Statement). Pelajar boleh memahami lebih mendalam berkaitan topik ini melalui slaid presentation di bawah.




ENJOY IT!!!!!


Nota: Pemilihan Tajuk Projek...

Peningnya..projek apa nak buat ni???

Tanya supervisor, "saya bagi kebebasan sepenuhnya kepada kamu akan tetapi dibawah seliaan saya terlebih dahulu supaya skop yang tidak terlalu besar, tidak terlalu kecil dan membebankan pelajar". Begitulah antara kata-kata yang diberikan oleh supervisor...

Maka di sini, saya kongsikan serba sedikit Panduan "Pemilihan Tajuk Projek" kepada para pelajar semua.



Pemilihan Tajuk Projek from ruhiyah


Selamat Berjaya....


Course Information Information EE601

Apa itu EE601???

EE601 merupakan  kursus Projek II yang ditawarkan kepada pelajar JKE semester 6 (akhir) dan ia merupakan kursus wajib diambil dan prasyarat sebelum seseorang pelajar grad.

Kursus ini ada kesinambungan kursus EE501 (Projek I) yang menilai penguasaan prinsip, kemahiran asas dan aplikasi pengetahuan merangkumi tahap kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Melalui kursus ini, kemahiran generik dapat diterapkan secara tak langsung kepada pelajar supaya mereka memiliki kesediaan yang bersesuaian dengan kehendak pasaran kerja.

Tak kenal maka tak cinta, maka saya sertakan dahulu Course Information Outline sebagai panduan awal kepada pelajar semua sebelum memulakan perjalanan satu sem bersama kursus ini..






Pelajar boleh memuat turun Course Information Outline pada link CIO EE601

Enjoy it !!!

Wednesday, 17 April 2013

Jadual Peperiksaan Akhir Sesi Disember 2012

Muat turun Jadual Peperiksaan :  klik di sini

Kepada semua pelajar JKE, sila rujuk Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Semester Sesi Disember 2012. .Jadual Peperiksaan  ini adalah muktamad dan sekiranya ada percanggahan atau tiada kod kursus, sila maklumkan kepada Penyelaras Peperiksaan jabatan dengan segera.

Saya doakan SELAMAT MAJU JAYA untuk semua pelajar JKE.

                                                           

Program JKE : Pameran & Pertandingan Projek


Pertandingan projek pelajar semester akhir Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah didakan pada 11 April 2013 di Ruang Legar JKE, Politeknik Sultan Idris Shah. Pertandingan ini diadakan berdasarkan kepada objektif berikut:

  1. Menggalakkan pelajar menceburkan diri dalam bidang penyelidikan.
  2. Memberi ruang kepada pelajar membuat pembentangan hasil penyelidikan masing-masing.
  3. Menarik minat pelajar dalam aktiviti inovasi melalui pameran.
  4. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar dan pensyarah

Pameran dan Pertandingan Projek Pelajar Semester akhir ini telah dirasmikan oleh Pn Nor Faizah Binti Zailani, Ketua Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) mewakili Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik.

Penyampaian Cenderahati kepada salah seorang panel penilai

Seramai empat orang panel penilai daripada pihak industri telah dilantik bagi menilai projek yang dipertandingkan. Panel-panel ini mempunyai pengalaman yang luas di dalam industri dan kelayakan di dalam badan-badan profesional. Selain bertujuan untuk merapatkan hubungan antara politeknik dan industri, ia juga dapat memberi pendedahan kepada pihak  industri akan kebolehan pelajar-pelajar politeknik. Penglibatan industri dalam pertandingan ini juga dapat menambahkan pengetahuan pelajar mengenai teknologi terkini yang digunakan di dalam industri.

Keempat-empat panel tersebut adalah:
1. Ir. Musa bin Misnan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), Janamanjung,Perak (Ketua Panel Penilai)
2.  Shamsulhadi bin Mohammad Shabani daripada Kapar Energy Ventures Sdn. Bhd, Kapar, Selnagor.
3.  Fadzlie bin Nordin daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), Janamanjung, Perak.
4.  Izan bin Suhaini daripada Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd, Selangor.



Juara bagi kategori Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)



Juara bagi kategori Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)


               Juara bagi kategori Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)

Depan:  En. Fadzlie, En.  Shamsulhadi, Ir.  Musa, Pn Faizah dan En Mohd Hafiz
Belakang: Barisan pemenang-pemenang mengikut kategori


Kesimpulannya, pertandingan projek pelajar semester akhir amat berkesan dalam melahirkan insan-insan berinovatif sesuai dengan Misi dan Visi Politeknik dan Jabatan Pengajian Politeknik. Dengan tercapainya ke empat-empat objektif yang digariskan menjadikan program ini akan dikembangkan dan dimeriahkan pada semester hadapan. Kerjasama daripada AJK yang terlibat juga memberangsangkan. Cadangan pada masa hadapan iailah dengan menjemput lebih ramai penilai dari industri menilai projek-projek yang berpotensi untuk diketengahkan seterusnya melayakan untuk permohonan-permohonan geran seperti FRGS atau PRGS.

EE201 - CHAPTER 6 (INTRODUCTION TO OTHER ELECTRONIC DEVICES)


INTRODUCTION TO OTHER ELECTRONIC DEVICE

Physical structure, schematic symbol and characteristic - SCR, Diac, Triac and UJT. Application of these devices in electronics.


At the end of this course, you will be able to :

1. Describe illustratively the theoretical characteristics and electrical properties of semiconductors. (C2)

2.   Explain the applications of semiconductor devices using the schematic diagrams. (C4)



Nota Bab 6: ee201-chapter-6

EE201 - CHAPTER 5 (FET)

FIELD EFFECT TRANSISTORS (FET)

Physical structure and schematic symbol of JFET and MOSFET (D-MOSFET and E-MOSFET). Biasing circuits: common source (CS), common-drain (CD) and common-gate (CG) amplifiers. I-V Characteristics and operating region. Amplifier concepts. FET as a switch.

At the end of this course, you will be able to 
1.   Describe illustratively the theoretical characteristics and electrical properties of semiconductors. (C2)





Nota Bab 5: ee201chapter-5

EE201 - CHAPTER 4 (MULTISTAGE AMPLIFIER)


MULTISTAGE AMPLIFIERS

Introduction to feedback (block diagram and types of feedback) , Analysis at middle, low and high frequency of multi-stage amplifier with RC coupling and direct coupling, cascade amplifiers-Darlington Pair.



At the end of this course, you will be able to :

1.   Describe illustratively the theoretical characteristics and electrical properties of  
      semiconductors. (C2)

2.   Explain the applications of semiconductor devices using the schematic diagrams. (C4)






Nota Bab 4:

  • ee201-chapter-4
  • Playlist

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...