Derma Organ...
Takutnya???
Nanti mayat akan merana...
begitulah antara salah satu interprestasi rakyat Malaysia berkenaan Kempen Pendermaan Organ.
STATISTIK AWAL
SATU IKRAR SEJUTA HARAPAN
Takutnya???
Nanti mayat akan merana...
begitulah antara salah satu interprestasi rakyat Malaysia berkenaan Kempen Pendermaan Organ.
STATISTIK AWAL
Semalam secara rasmi bertempat di Kompleks E, Putrajaya telah dilancarkan laman sesawang rasmi Unit Perkhidmatan Transplan Nasional (NTRC) bertujuan meningkatkan kesedaran dan hebahan semasa kepada orang ramai berkenaan Kempen Pendermaan Organ.
Statistik awal yang dikeluarkan sekitar 0.8% di kalangan jumlah penduduk Malaysia yang berikrar menderma organ, jumlah antara paling terendah di dunia. Puncanya kenapa??? Antara yang dapat saya perhatikan adalah kesedaran di kalangan orang ramai yang masih rendah berkenaan pendermaan organ ini. Yelah, sehingga Jun 2013, terdapat lebih 17,000 pesakit yang masih dalam senarai menunggu untuk pemindahan organ. Ketidakseimbangan di antara permintaan dan bekalan organ meningkatkan risiko berlakunya aktiviti yang tidak beretika.
SATU IKRAR SEJUTA HARAPAN
Derma Organ - Kematian, kedua-duanya saling berkaitan antara satu sama lain, sesuatu yang begitu sukar untuk diperkatakan. Apatah lagi jikamana melibatkan mereka yang tersayang. Begitu juga kepada pihak perubatan yang sentiasa sedia upaya menyelamatkan pesakit dan juga kekangan organ untuk menyelamatkan mereka.
Apabila anda berkesanggupan dan berikrar untuk mendaftarkan diri sebagai Pendaftar Organ Nasional, anda telah membenarkan organ dan tisu anda digunakan untuk tujuan transplan kepada mereka yang memerlukan. Kesannya, ini mampu mengubah kehidupan orang lain yang mengalami kegagalan organ supaya menjadi lebih selesa dan sempurna serta dapat menyelamatkan nyawa mereka daripada maut. Dalam sesetengah keadaan, pendermaan organ merupakan satu-satunya cara kaedah rawatan yang terbukti dapat menyelamatkan nyawa.
SIAPA YANG LAYAK MENDERMA ORGAN
Sesiapa sahaja sama ada tua ataupun muda boleh mendaftar sebagai penderma organ dan tisu. Walaubagaimanapun, bagi penderma yang berusia di bawah 18 tahun, mereka perlu mendapat kebenaran ibu bapa ataupun penjaga terlebih dahulu.
Saya sudah pun berikrar, anda bila lagi??? |
Pada umumnya, organ-organ yang boleh diderma adalah buah pinggang, jantung, hati (heper), paru-paru dan pankreas. Tisu-tisu yang boleh diderma adalah seperti mata, tulang, kulit, dan injap jantung.
PANDANGAN AGAMA
TIADA BANTAHAN dari semua agama di dunia ini. Agama-agama seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh mengiktiraf pendermaan organ dan tisu sebagai amalan yang mulia,
Menurut Fatwa yang dikeluarkan pada Jun 1970, adalah HARUS dan DIBENARKAN dalam Islam untuk menderma organ dan tisu mengikut perkara-perkara berikut:-
- Ia dijalankan dalam keadaan kritikal dan penting di mana kehidupan penerimabergantung kepada pemindahan organ dan pemindahan yang mempunyai peluang yang tinggi untuk berjaya.
- Dalam pemindahan jantung, kematian penderma mestilah dipastikan
- Tindakan yang perlu hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan pemerdagangan organ yang terlibat. Ia perlu silakukan atas sebab-sebab altruistik.
- Kebenaran hendaklah diperolehi daripada penderma sebelum transplantasi (kes kematian biasa) atau dari ahli keluarga (kes kematian akibat kematian).
- Penderma yang masih hidup tidak memudaratkan seperti kematian atau hilang upaya (kehilangan pendengaran, penglihatan atau morbility)
- Doktor yang terlibat dalam epmindahan organ mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk menilai penderma dan penerima syarat berdasarkan prinsip maslahat (manfaat) dan mafsadah (kemudaratan) mengikut undang-undang Islam.
- Pada 13 Disember 1989, mati otak dikelaskan sebagai kematian dan pendermaan organ diHARUSKAN.
BAGAIMANA ORGAN PENDERMAAN ITU DIPINDAHKAN
Proses pemindahan organ dan tisu membabitkan suatu pembedahan yang bersih dan suci hama. Pembedahan ini dijalankan di dewan bedah hospital oleh pakar bedah yang berpengalaman. Perolehan organ dan tisu seseorang penderma ini tidak akan menjejaskan rupa dan bentuk tubuh badannya.
Selepas organ dan tisu diperolehi, luka pembedahan itu akan dijahit dengan sempurna dan jenazah si penderma ini tidak akan mengalami apa-apa kecacatan fizikal. Segala proses pembedahan pemindahan ini dijalankan dengan penuh rasa hormat dan tertib sepertimana pembedahan yang lain.
CARA MENDAFTAR SEBAGAI PENDERMA ORGAN
- Anda boleh mengisi borang akaun penderma dan kad ikrar penderma. Borang yang lengkap perlulah dihantar ke Pusat Sumber Transplan Nasional manakala kad ikrar penderma perlulah disimpan di dalam dompet dan dibawa bersama anda setiap masa.
- Mendaftar secara atas talian (KLIK SINI)
JOM SEMUA KITA BERSAMA-SAMA BERIKRAR SEBAGAI PENDERMA ORGAN...
No comments:
Post a Comment