" Dan Tuhanmu teleh memerintahkan supaya kamu tidak menyembah melainkan kepadaNya sahaja dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa. Sekiranya salahs eorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali (ibu bapa) sampai umur tua dalam jagaan dan peliharaan kamu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah" dan janganlah kamu menengkin (dan) menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka dengan perkataan yang mulia (bersopan santun). "
GANJARAN BESAR
Berbakti kepada ibu bapa akan menyebabkan seseorang mendapat kelebihan yang melimpah-ruah dalam hidupnya. Apakah kelebihan yang bakal diperolehi. Antaranya:-
Beliau bertanya kepada Baginda SAW sebanyak tiga kali mengenai amalan yang paling dicintai di sisi Allah. Lalu Baginda menjawab dengan tiga jawapan yang berbeza.
Sabda Baginda, "Amalan yang paling dicintai Allah ialah solat tepat pada waktumya, berbakti kepada ibu bapa dan berjihad pada jalan Allah."
Sabda Baginda, "Amalan yang paling dicintai Allah ialah solat tepat pada waktumya, berbakti kepada ibu bapa dan berjihad pada jalan Allah."
2. DOA YANG MUSTAJAB
Doa ibu bapa merupakan doa yang mustajab untuk anaknya.
Ini disebutkan oleh Baginda yang bermaksud: "Tiga doa yang tidak akan ditolak, doa orang tua, doa orang yang berpuasa dan doa seorang musafir.
Ini disebutkan oleh Baginda yang bermaksud: "Tiga doa yang tidak akan ditolak, doa orang tua, doa orang yang berpuasa dan doa seorang musafir.
3. GANJARAN SYURGA Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, pernah Baginda mngucapkan perkataan sungguh kasihan sebanyak tiga kali. Seorang sahabat bertanya: " Siapa yang dikasihani itu, Ya Rasulullah?"
Lalu baginda menjawab: " Mereka yang sempat berjumpa dengan orang tuanya yang sudah tua sama ada kedua-duanya atau salah seorang daripada keduanya, namun tidak dapat membuatkannya masuk syurga"
Lalu baginda menjawab: " Mereka yang sempat berjumpa dengan orang tuanya yang sudah tua sama ada kedua-duanya atau salah seorang daripada keduanya, namun tidak dapat membuatkannya masuk syurga"
Sumber: Majalah Gen-Q
No comments:
Post a Comment