Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Malaysia Society of
Engineering and Technology (MySET) berjaya melangsungkan Pertandingan yang julung-julung kali diadakan iaitu pertandingan 18th Fira
Roboworld Cup and Congress (FIRA) bertempat di Politeknik Premier Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam.
Sejarah 18th FIRA 2013
Pertandingan FIRA telah diadakan setiap tahun sejak 1997 dan
Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah kali pertama pada tahun ini
dengan PSA sebagai tempat pertandingan berlangsung. 18th FIRA Roboworld Cup & Congress 2013 ini telah diadakan pada 24-29 Ogos 2013 yang lalu dengan penyertaan dari Singapura, Indonesia, Taiwan, India, China, Korea Selatan, United Kingdom, Mexico, Kanada, Rusia, Jerman dan Malaysia selaku tuan rumah.
PERASMIAN 18th FIRA 2013
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku perasmi pada 26 Ogos 2013 yang lalu berkata dengan adanya Pertandingan 18th FIRA Roboworld Cup & Congress 2013, acara ini mampu menyemarakkan semangat penyelidikan dan inovasi yang mampu mencetuskan minat masyarakat Malaysia dalam dunia robotik di samping meningkatkan kefahaman serta minat terhadap konsep saintifik dan perkembangan teknologi sedia ada dan baharu.
Muhyiddin berkata "penyertaan dalam FIRA 2013 sememangnya membantu pelajar memperkukuhkan lagi pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah serta mempelajari tentang dunia kehidupan yang sebenar. Pertandingan seperti ini juga membantu para pelajar meningkatkan kemahiran penting bagi abad 21 iaitu ekmahiran berfikir, menyelesaikan masalah, pembelajaran kendiri serta kemahiran bekerja dalam satu pasukan".
Terdapat tujuh kategori yang dipertandingkan dalam 18th FIRA 2013 iaitu:-
1) Humanoid Robot World Cup Soccer Tournament (HuroSot)
2) Amire Soccer Tournament (MiroSot)
3) Micro-Robot World Cup Soccet Tournament
4) Naro Soccer Tournament (NaroSot)
5) Android Soccer Tournament (AndroSot)
6) Robo Soccer Tournament (RoboSot)
7) Simulation Robbot Soccer Tournament (SimuroSot)
KEJAYAAN PSIS
KEJAYAAN PSIS
Kejayaan paling manis pada pandangan saya. Iyelah, memenangi pertandingan peringkat dunia, bukan calang-calang pertandingan. TAHNIAH dan SYABAS saya ucapakan kepada team PSIS kerana berjaya merangkumi hadiah tempat ke-3 dan tempat ke-4 dalam kategori Pertandingan Simulation Robbot Soccer Tournament (SimuroSot) & Amire Soccer Tournament (MiroSot).
GAMBAR SUASANA KETIKA 18TH FIRA SEDANG BERLANGSUNG
Hadiah tempat ke-3 dan tempat ke-4 kategori SimuroSot yang disampaikan oleh Ketua Pengarah JPP |
Hadiah tempat ke-4 kategori MiroSot yang disampaikan oleh Ketua Pengarah JPP |
Sesi bergambar bersama Pengarah PSIS, En. Sulong bin Yahya |
GAMBAR SUASANA KETIKA 18TH FIRA SEDANG BERLANGSUNG
Ketikamana pertandingan sedang berlangsung |
Tengah berdiskusi antara pelajar dan pensyarah team PSIS |
Ridhwan tengah bertungkus lumus merancang strategi untuk perlawanan seterusnya |
Syafiq dan Khairi Husaini tengah merancang sesuatu tu... Kredit kepada Haikal (jurugambar) - tiada dalam gambar |
apa yang sedang diperhatikan tu..keputusan pertandingan kot... |
Tengah debug dan testing programming.. |
Tuan Ketua Pengarah JPP pun turun bagi semangat kepada team yang bertanding |
Para peserta bergambar bersama Ketua Pengarah JPP (Dato Mukhlis) |
Team PSIS bersama TPSA PSIS (En Zulkifli bin Md Isa) |
Team PSIS bergambar kenangan bersama Pengasas Robot Soccer (Kim Jong Hwan) |
Bergambar bersama pihak pengurusan PSIS |
Team PSIS |
Antara robot-robot yang bertanding |
Kredit: terima kaseh kepada M.Haikal & En Mohd Farhan di atas kiriman gambar sepanjang program berlangsung.