Kenapa perlu Vitamin C ???
Aku dah sihat....
Membazir sahaja...
Begitu anda sentimen yang dilemparkan di kalangan masyarakat kita mengenai kepentingan mengambil Vitamin C dalam kehidupan kita. Vitamin C sangat baik umtuk diamalkan dalam kehidupan kita seharian sebagai sumber antioksidaan yakni sebagai pembantu kepada kekebalan tubuh terutamanya bagai yang mudah tekena serangan selsema, demam di waktu cuaca yang tidak menentu sekarang ini. Di samping itu, vitamin C juga meampu mengurangkan risiko kanser dan melindungi tubuh daripada kesan yang ditimbulkan oleh masalah pencemaran.
Kebiasaannya kita menganggap Vitamin C hanya dari buah limau. Sebagai contoh, bagi 100gram limau jenis Valencia misalnya hanya mengandungi sebanyak 48mg Vitamin C sahaja. Padahal banyak lagi buah-buahan lain yang sering anda jumpai sehari-hari yang tanpa anda duhga sebenarnya jauh lebih tinggi kandungan Vitamanin C berbanding buah limau.
Berikut antara perbexzaaan kandungan Vitamin C untuk buah jenis tropika per 100gram buah:-
1) Buah Nenas (65mg)
Dengan rasanya yang manis dan masam, buah yang berasal dari Brazil dan Paraguay ini merupakan salah satu buahan yang mengam=ndungi kandungan Vitamin C yang tinggi yang mana jumlahnya mencecah 56mg per 100gram buah terutamanya untuk buah nenas yang manis rasanya.
2) Buah Mata Kucing (84mg)
Buah yang kecil saiznya akan tetapi manis ini mengamndungi kandungan Vitamin C sehingga 84mg bagi setiap 100gram atau 1.75 kali ganda dari buah limau.
3) Buah Gajus (265mg)
4) Buah Jambu Batu (228mg)
Buah yang mempunyai isi putih dan merah ini juga berasal dari Brazil, samada yang berwarna merah atau putih. Buah Jambu Batu ini sangat kaya dengan kandungan Vitamin C hingga 228mg per 100gram buah atau hampir mencecah 5 kali ganda jika dibandingkan dengan buah limau. Dengan hanya memakan satu biji buah jambu batu (ukuran sedang) sudah mencukupi untuk keperluan harian vitamin C.
5) Buah Kiwi (93mg)
Buah Kiwi atau Chinese Gooseberry umumnya mempunyai dua jenisiatu berwarna kuning dan hijau. Golden Kiwifruit atau Kiwi yang berwarna kuning bernutrisi lebih tinggi jika dibandingkan dengan kiwi berwarna hijau. 100gram kiwi mengandungi sehingga 93mg vitamin C atau hampir sekitar 2 kali ganda berbandigan buah limau.
6) Buah Limau Bali (61mg)
Limau Bali mengandungi vitamin C sebanyak 61mg per 100gram buah atau masih lebih tinggi dari buah limai biasa.
7) Buah Laici (71mg)
Manakala buah laici pula yang berasal dari sebelah Asia (China, Taiwan, Sekitar Asia Tenggara). Dengan rasanya yang masam-masam manis dan wangi ini, kandungan vitamin C boleh mencapai 71mg per 100gram buah atau 1.5kali ganda jika dibandingkan dengan buah limau.
8) Buah Betik (62mg)
Siapa sangka, buah betik sebenarnya berasal dari Mexico ini mempunyai kandungan vitamin C yang lebih tinggi dari limau iatu sebanyak 62mg per 100gram buah. Keistimewaan buah ii mampu mencegah/mengurangkan sembelit.
9) Buah Strawberi (59mg)
Buah asli ini berasal dari Perancis mengandungi vitamin C sebanyak 59mg per 100gram buah. Masih boleh dikategorikan lebih tinggi berbanding limau.
Kesimpulan: Sebenarnya masih banyak lagi jenis buah tropika yang mampu menggantikan buah limau sebagai sumber vitamin C. Buang sentimen yang mana buah limau lah satu-satunya sumber vitamin C. Bagi anda yang lebih selesa menggunakan sumber vitamin C dari jenis sintetik.