Thursday, 18 July 2013

Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Politeknik (Sepenuh Masa)

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,



        Merujuk pengumuman oleh Bahagian kemasukan pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia, terdapat 3 program utama yang ditawarkan kepada Lulusan Diploma dan Diploma Lanjutan Politeknik untuk menyambung pengajian ke Program Ijazah Sarjana Muda (sepenuh masa) iaitu:-

1) Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti Dengan Kepujian 
     di Politeknik Sultan Salehuddin Abdul Aziz   Shah (PSA) 
2) Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian 
    di Politeknik Ungko Omar (PUO)
3) Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti Antarabangsa
    di Politeknik   Ibrahim Sultan (PIS)


         Antara prosedur penting yang mesti dipatuhi pelajar bagi membolehkan pelajar memohon adalah seperti berikut:- 

1) Mengenalpasti program yang bersesuaian dengan minat dan kelulusan 
2) Pemetaan dan syarat program boleh dilihat pada link DI SINI 
3) Membeli no pin ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan sebanyak RM 10.60 
4) Mengisi borang permohonan secara atas talian pada  KLIK DI SINI
5) Mencetak borang permohonan untuk pengesahan dan rujukan 
6) Penyemakan status permohonan (KLIK DI SINI) mula dibuka pada 02 Ogos 2013 mulai
    jam 12.00  tengahari 




Terima kaseh kerana memilih politeknik sebagai institusi pengajian tinggi anda... 
Kecemerlangan menanti anda...

Monday, 8 July 2013

Taklimat Pengenalan kursus Latihan Industri

          Latihan Industri (LI)...kenapa perlu mengambil kursus LI? kena tulis report harianlah, report penuhlah..banyak kerja sungguh...

      Begitulah keluhan di kalangan pelajara yang bakal menjalani LI.  Sesungguhnya tiada jalan mudah untuk berjaya. Antara salah satu tujuan LI diwujudkan bagi memenuhi keperluan industri yang memerlukan tenaga kerja yang kompeten dan dinamik yang mampu bersaing dengan graduan dari institusi lain.

          LATIHAN INDUSTRI adalah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program-program tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan, program LI diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan. Kursus LI memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan untuk menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya. Kursus ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi-polisi, prosedur dan peraturan-peraturan, perspektif professional dan pelaporan. Kursus ini akan membina semangat dan sikap yang proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjadi pelatih yang cemerlang. (sumber: Garis Panduan Latihan Industri 2013)

Sehubungan dengan itu, satu taklimat bakal diadakan  sepertimana butiran berikut:-

        PELAJAR JKA/JKE
        Tarikh:   8 Julai 2013 (Isnin)
        Tempat: Dewan Syarahan Utama
        Masa:      4.00-6.00 petang


        PELAJAR JP/JTMK/JPH
        Tarikh:   8 Julai 2013 (Selasa)
        Tempat: Dewan Syarahan Utama
        Masa:      4.00-6.00 petang

         
 Kehadiran DIWAJIBKAN, memo pelepasan kuliah seperti di lampiran. Terima kasih

Iklan jawatan kosong

As-Salam semua,

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN SYARIKAT TALISMAN ENERGY INC.

Talisman Energy Inc. is a global upstream oil and gas company, headquartered in Canada. Talisman has two core operating areas: the Americas (North America and Colombia) and Asia-Pacific. Talisman's  three main operating areas are North America, the North Sea and Southeast Asia.

We are looking for professionals for the position of:-
  1. Team Lead, Financial System and Controls
  2. Senior Geologist
  3. Talent Management Specialist
  4. Senior Drilling Engineer
  5. Drilling Logistics Coordinator
  6. Reservoir Engineer
  7. Lead Production / Process Technician
  8. Electrical & Instrumentation Technician
  9. Mechanical Technician
  10. Crane Operator
  11. Buyer 

Position yang sesuai untuk pelajar politeknik bermula dari  no 7-9. Bagi sesiapa yang berminat, bolehlah memohon DI SINI.  Laluan kerjaya anda telah bermula. 



SELAMAT MAJU JAYA!!!



Majlis konvokesyen kali ke-8 PSIS

Assalamu'alaikum semua,

        Majlis Konvokesyen PSIS kali ke-8 baru sahaja selesai melabuhkan tirainya setelah 2 hari berlangsung. Kejayaan bermakna buat pelajar-pelajar apabila susah payah, perit jerih belajar selama 3 tahun berbaloi apabila hari bertuah ini, pelajar-pelajar memakai jubah konvokesyen, berpakaian serba baru, berkelip-kelip semata-mata untuk satu hari paling bakal diingati dalam  hidup masing-masing. Bagi ibu bapa, tiada hadiah yang paling manis melainkan melihat anak-anak mereka berjaya dengan cemerlang. 

Majlis Konvokesyen kali ke-8 PSIS
Perarakan masuk para VVIP masuk ke dewan
Wajah-wajah ceria para graduan masuk ke dewan
En Sulong (Pengarah PSIS), Yg. Bhg Tan Sri Dato' Dr Rozali Bin Ismail (Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd) dan Pn Wan Yasima (Timbalan Pengarah Akademik PSIS)


          Walaupun tidak secara langsung mengajar mereka, akan tetapi kelegaan dan kebanggaan dirasai apabila melihat anak-anak didik berjaya menerima scroll diploma masing-masing. Tambahan lagi konvokesyen kali ini amat bermakna apabila Anugerah Pengarah  dianugerahkan kepada pelajar JKE, saudara Razif bin Rapli setelah sekian lama dipelopori oleh jabatan lain. TAHNIAH dan SYABAS buat saudara Razif bin Rapli  di atas kejayaan ini semoga menjadi batu loncatan kepada adik-adik junior untuk berjaya seperti abang-abang dan kakak-kakak mereka kelak. Di sini dikongsikan sedikit suasana semasa majlis konvokesyen berlangsung. 

Anugerah Tan Sri Dr Rozali yang dianugerahkan kepada saudara Burhanuddin  dari JKA
Anugerah Pengarah dianugerahkan kepada Saudara Razif bin Rapli
Barisan VIP pada sidang ke-2 
VVIP sidang kedua (Dr Abdul Rahim) bergambar bersama Pengarah dan Timbalan Pengarah Akademik
En Sulong (Pengarah PSIS), Dr Abdul Rahim dan Pn Wan Yasima (TPA PSIS)
Sebahagian AJK Jemputan & Sambutan Majlis Konvokesyen kali ke-8
Hidayah, Azlina, Puvaana, Janice, Ruhiyah, Suhana, Amirul

AJK AJK Pelajar ( Jemputan & Sambutan Majlis Konvokesyen kali ke-8) 


Monday, 1 July 2013

EC202 : Chapter 1 ~ Introduction to Computer Aided Design

INTRODUCTION TO COMPUTER AIDED DESIGN (CAD)
Definition of CAD. Minimum system requirements and computer hardware. General and special CAD packages at present. Advantages of CAD.


Upon completion of this course, students should be able to:

1. Describe computer aided design concept, applications and capabilities in electrical engineering environment. (C2)



Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh...

       Tanggal 6 Jun 2013 yang lepas, negara kita telah digegarkan lagi dengan siri kejadian runtuh yang tak sudah-sudah. Kali ini melibatkan runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang (Pakej 3A: Batu Maung Interchange) yang  kini dalam fasa penyambungan dari bahagian Pulau (Batu Maung) dengan Tanah Besar (Batu Kawan) sejauh 24KM melibatkan syarikat China Harbour Engineering Co Ltd  dengan kerjasama UEM Construction Sdn Bhd.  Manakala rekabentuk jambatan kedua ini dibuat oleh Malaysian Highway Authority dan UEM Builders (United Engineer Malaysia Berhad).  

           Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang ini dilaksanakan sepenuhnya Syarikat Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Untuk fasa pembinaan Pakej 3A: Batu Maung Interchange, JKSB telah melantik kontraktor tempatan, Cergas Murni Sdn Bhd.





          Empat orang dipercayai terbunuh apabila sebahagian daripada Jambatan Kedua Pulau Pinang  runtuh menghempap kenderaan mereka lebih kurang pukul 7.00 malam. Penyiasatan awal menunjukkan keempat-empat orang di dalam kenderaan dipercayai terbunuh serta merta. Bahagian runtuh merupakan sebahagian daripada jejambat yang menghubungkan lebuh raya ke jambatan di antara dua rusuk konkrit.


           Berdasarkan gambar dari portal Malaysiakini, nampak bahagian yang runtuh adalah struktur scaffolding, maksudnya runtuh masa kerja pembinaan sedang dijalankan, dan bukannya semasa struktur itu siap sepenuhnya. Kemalangan berlaku semasa  work in progress  berdasarkan struktur scaffolding  yang turut runtuh. Berdasarkan pemerhatian dari gambar, penulis berpendapat ia adalah kecuaian dalam pembinaan struktur-struktur sokongan. Struktur-struktur sokongan ini adalah struktur-struktur sementara yang menjadi support  bagi struktur kekal yang sedang dibina. Ini hanyalah pendapat penulis semata-mata.




         Bagi mereka yang biasa terlibat dalam industri minyak dan gas, memang banyak kemalangan-kemalangan berkaitan  human error  tak dilaporkan  pada orang awam (scaffolding runtuh, oil leakage, platform terbakar, tug boat tenggelam dan sebagainya). Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah sesuatu yang besar, hal-hal berkenaan pembekalan bahan dan sebagainya memang melalui proses-proses yang teliti. Perlu ada sijil-sijil  dan pengiktirafan badan-badan berkenaan. Kalau pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang ini kurang kualitinya, mengapa sekarang baru ada struktur yang runtuh? Manakala struktur yang ada di tengah-tengah laut masih pula teguh?

       Aapa-apa pun, kita nantikan hasil siasatan DOSH, JKSB dan Syarikat Cergas Murni sendiri yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi. Berikut kenyataan media oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia berkenaan kes runtuhan Projek Jambatan Pulau Pinang Kedua. 

Pesan saya, kepada pelajar yang bakal dan sedang mengambil kursus Occupational Safety and Health (OSHA) AW101, kes runtuhan ini boleh dijadikan sebagai rujukan dan juga sebagai case study untuk penilaian berterusan AW101. 

SELAMAT MAJU JAYA!

Playlist

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...